Tuntut pilihan raya adil - Perhimpunan Rakyat 10 November ini di Dataran Merdeka
Assalamualaikum.
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan menganjurkan satu perhimpunan raksasa yang dinamakan perhimpunan rakyat pada 10 November ini di Dataran Merdeka.
Dalam satu pengumuman yang dibuat pada sidang media hari ini, Bersih dijangka akanmengadakan perhimpunan tersebut bermula jam 3 petang.
"Perhimpunan tersebut seterusnya akan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum tuntutan rakyat kepada Yang Di Pertuan Agong untuk menyuarakan hasrat rakyat untuk menjalani pilihan raya yang bersih dan adil seperti yang terkandung di dalam tuntutan Bersih sebelum ini," ujar wakil Jawatankuasa Bersih di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengahari tadi.
Menurut Jawatankuasa Bersih, Sivarasa Rasiah, ia juga sebagai satu ketetapan yang telah diambil oleh mereka yang menjangkakan bahawa pilihan raya umum ke-12 akan diadakan seawal November. Harakahdaily - 9 Oktober 2007
HIMPUNAN 100,000 RAKYAT DI DATARAN MERDEKA - 30 HARI LAGI!
1 Comments:
Insya Allah, kita akan bersama-sama!
Salam 'Aidil Fitri kpd Tuan sekeluarga dari bakaq a.k.a. ~penarik beca a.k.a. sang kutu sekeluarga.. من العائدين والفائزين
Post a Comment
<< Home