Monday, October 01, 2007

Pemuda Umno hantar memorandum bantahan kepada kerajaan Myanmar.

Assalamualaikum.

Berita terkini petang tadi menarik perhatian saya apabila disebut tentang gabungan NGO dan parti politik yang berhimpun di kedutaan Myanmar menghantar memorandum sebagai membantah tindakan ganas junta tentera negara berkenaan terhadap rakyat yang menunjuk perasaan. Lantas ingin saya ketahui NGO dan parti politik manakah itu. Rupa-rupa mereka adalah daripada Pemuda Umno dan NGO yang menyokong mereka.

Di sini sepatutnya adalah lebih baik terlebih dahulu jika Pemuda Umno mengantar memorandum kepada kerajaan Malaysia mendesak agar mereka berhenti daripada memperalatkan pasukan keselamatan untuk menggempur demonstrasi aman dan ceramah yang dianjurkan oleh pembangkang dan rakyat terutama sekali yang terjadi di Batu Burok dan seterusnya memulihkan demokrasi di negara ini.

Biarlah parti pembangkang dan NGO sahaja yang menyerahkan memorandum bantahan terhadap kerajaan Myanmar, mendesak agar kerajaan berkenaan tidak melakukan seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap mereka daripada pembangkang ini.


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 39 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   1 comments

1 Comments:

At 10:58 PM, Blogger hanfeitsu said...

salam.pemuda UMNO ni, sbenarnya munafik! itu sahaja perkataan yang adil utk menggambarkan mereka. nak marah pada junta myanmar? mereka sendiri sama sahaja!

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter