Saturday, October 06, 2007

Perkembangan siasatan klip video V.K Lingam.

Assalamualaikum.

BPR ambil keterangan Anwar.
PETALING JAYA 5 Okt. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini mengambil keterangan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung siasatan bagi menentukan kesahihan klip video kononnya mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam dengan seorang yang dikatakan seorang hakim mengenai pelantikan hakim-hakim.
Dua pegawai penyiasat dari pejabat BPR Putrajaya tiba di pejabat Anwar di Seksyen 16 di sini petang ini.
Kedua-dua mereka yang enggan dikenali apabila ditemui pemberita dua jam kemudian enggan mengulas mengenai pertemuan mereka dengan Anwar yang disertai peguamnya William Leong.
Sementara itu, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sidang akhbar selepas itu berkata, beliau bersedia bekerjasama sepenuhnya dengan BPR mengenai siasatan mereka terhadap kesahihan klip video berkenaan.
Anwar berkata, memang wajar BPR bertanyakan kepadanya kerana beliaulah yang mula-mula mendedahkan klip video berkenaan.
Anwar berkata, beliau berpuas hati dengan jaminan BPR mengenai kerahsiaan pemberi maklumat dalam siasatan itu. Utusan Malaysia - 6 Oktober 2007.


Kelmarin ketika panel siasatan yang diakui tiada kuasa memanggil saksi baru hendak bermesyuarat, BPR telah pun mula memanggil Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan Pegawai Khas Anwar Ibrahim, Sim The Tzin untuk memberi keterangan. Malahan yang membuat pendedahan ini pula yang diancam dengan hukuman penjara oleh BPR.

Terkini penasihat PKR sendiri iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dipanggil oleh BPR.
Nampaknya ianya sama la juga seperti pendedahan rasuah menteri oleh pemimpin pembangkang yang akhirnya pemimpin pembangkang berkenaan yang pula ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

posted by Lidah Penghunus @ 5:39 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter