Ketua polis Islamabad digantung kerja kerana guna kekerasan surai protes anti-Pervez - Malaysia bagaimana?
Assalamualaikum.
Dalam akhbar di bawah ini melaporkan bahawa ketua polis Islamabad dikenakan tindakan gantung tugas oleh mahkamah agung Pakistan atas sebab tindakan polis di negeri itu yang menggunakan kekerasan ketika menyuraikan penunjuk perasaan anti presiden Pervez Musharraf.
Ketua polis Islamabad dan dua pegawai lain digantung tugas atas arahan Ketua Hakim Pakistan, Iftikhar Muhammad Chaudhry hari ini berikutan kekerasan yang digunakan untuk menyuraikan protes anti-Presiden Pervez Musharraf kelmarin.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Brigadier Javed Cheema berkata, Ketua Polis Islamabad, Marwat Shah; Timbalan Ketua Pentadbiran Islamabad dan seorang lagi pegawai kanan polis digantung tugas atas arahan Mahkamah Agung berkenaan.
Iftikhar sebelum itu mengarahkan pihak berkuasa menangkap Marwat selepas polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan protes menentang Presiden Pervez kelmarin.
Berpuluh-puluh orang cedera apabila polis menggunakan belantan dan gas pemedih mata ke atas sekumpulan peguam dan wartawan semasa protes membantah rancangan Pervez untuk bertanding semula pada pemilihan Presiden di Parlimen pada Sabtu ini. Utusan Malaysia - 2 Oktober 2007.
Nampaknya perkara sebegini tidak pun berlaku di negara ini. Peristiwa Batu Burok baru-baru ini yang menyaksikan julung-julung kalinya penunjuk perasaan ditembak dengan peluru hidup di Terengganu, ketua polisnya tidak pun diambil tindakan oleh hakim dan mahkamah. Malang teramatlah malang bagi kita rakyat Malaysia. Sudahlah jabatan polisnya bermasalah dan sedia diperalatkan oleh parti pemerintah. Intitusi kehakimannya pula bermasalah lebih-lebih lagi apabila timbul apa yang dikatakan klip video V.K Lingam.
Maka apalah lagi yang boleh diharapkan kepada mereka untuk kita rakyat menuntut keadilan. Oleh sebab itulah sekarang ini kita berharap kepada institusi raja agar dapat membela rakyat khususnya parti pembangkang yang teraniaya dalam isu Batu Burok ini dan seterusnya mengembalikan kewibawaan sistem kehakiman negara yang sekian lama tercalar.
HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 38 HARI LAGI.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home