Thursday, October 04, 2007

PDRM akur kadar jenayah negara meningkat.

Assalamualaikum.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengakui kadar jenayah di seluruh negara menunjukkan aliran meningkat. Perkembangan itu dimaklumkan pada taklimat kepada Jawatankuasa Khas Integriti Parlimen, semalam. Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh, berkata perkembangan itu membuktikan persepsi orang ramai berlaku peningkatan jenayah di negara ini adalah benar meskipun ada kawasan tertentu didapati menurun.
Katanya, andaian bahawa jenayah di negara ini banyak membabitkan pendatang tanpa izin atau warga asing didapati tidak benar kerana rekod pasukan keselamatan itu mendapati 80 peratus kes jenayah membabitkan penduduk tempatan. "Kita dapati ada kebenaran andaian jenayah semakin meningkat walaupun ada di kawasan tertentu agak menurun dan kita selalu mengandaikan ini disebabkan peningkatan jumlah pendatang haram. "Berdasarkan taklimat PDRM, kita dapati warga asing hanya menyumbang kepada 20 peratus kadar jenayah negara, manakala 80 peratus lagi oleh warga tempatan," katanya. Berita Harian - 4 September 2007.


Nampaknya pihak polis sendiri akui bahawa kadar jenayah di negara kita meningkat malahan membimbangkan. Sekaligus menolak kenyataan bahawa kadar jenayah di negara kita rendah. Selama ini di media diuar-uarkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang paling selamat, aman dan harmoni dan ianya digambarkan dalam lagu promosi pelancongan iaitu Rasa Sayang yang menimbulkan kontroversi dengan republik Indonesia baru-baru ini.

Namun hakikatnya jangankan pelancong, rakyat negara ini sendiri sudah berasa tidak selamat untuk kemana-mana. Takut dengan ancaman ragut, culik, samun, rogol dan sebagainya. Di sini bukan bermaksud untuk memburuk-burukan negara sendiri di mata pelancong asing. Cumanya kita berasa kesal dengan kegagalan kerajaan pimpinan Pak Lah membendung gejala jenayah ini. Sebaliknya golongan-golongan pemimpin ini terus syok sendiri apabila menganggap bahawa negara yang mereka pimpin ini masih selamat, kadar jenayah masih rendah.

Sedangkan mereka pemimpin sentiasa diawasi oleh pengawal peribadi, mereka tidak pernah rasai apa yang dialami oleh rakyat yang sentiasa terdedah dengan pelbagai jenayah ketika berjalan diluar. Cuba jika mereka sendiri yang pergi bersiar-siar seorang diri pada waktu malam di kota Kuala Lumpur tanpa bantuan pengawal peribadi. Adakah mereka berani dan yakin berada dalam keadaan selamat?


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 36 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter