Saturday, October 06, 2007

BPR tidak mahu penjawat awam terbabit rasuah.

Assalamualaikum.

Hubungi BPR jika musykil hamper raya
KUALA TERENGGANU 5 Okt. - Badan Pencegah Rasuah (BPR) Terengganu menyediakan talian pertanyaan untuk orang ramai yang musykil dengan pemberian dan penerimaan hadiah ketika musim perayaan.
Pengarah BPR negeri, Sharuddin Sapian berkata, talian yang disediakan menerusi Pusat Khidmat Nasihat merupakan susulan daripada langkah Ibu Pejabat BPR dalam memberi penjelasan berhubung isu pemberian dan penerimaan hadiah pada musim perayaan yang dianggap remeh oleh sesetengah pihak.
Menurutnya, talian berkenaan adalah 013-9392933 dan 019-9840612.
Jelasnya, walaupun budaya memberi hadiah sudah menjadi kelaziman masyarakat ketika ini, namun penjawat awam sebenarnya masih tertakluk kepada peraturan yang melarang mereka daripada menerima atau memberi hadiah sepanjang musim perayaan. Utusan Malaysia - 6 Oktober 2007.


Selasa yang lalu BPR dalam kenyataannya kepada akhbar telah mengingatkan para penjawat awam atau kakitangan awak agar tidak menerima atau memberi hadiah dan keraian pada musim perayaan. Malahan badan pencegahan rasuah itu telah membuka talian khidmat nasihat untuk memberikan penjelasan berkenaan isu berkenaan.

Nampaknya BPR begitu bersungguh dalam memastikan kakitangan awam tidak terjerumus dalam kancah rasuah. Maka di sini kita tertanya-tanya bagaimana pula dengan amalan yang biasa dilakukan oleh BN setiap kali tiba pilihanraya iaitu menyogok pengundi misalnya dengan jalan tar baru, mesin jahit, jamuan makan, malahan ada yang disogok dengan wang ringgit.

Manakah suara BPR ketika itu? Adakah BPR menganggap bahawa itu tidak dikira rasuah sedangkan pemberian-pemberian tersebut jelas bertujuan untuk BN mendapatkan undi. Nampaknya BPR hanya berani bersuara kepada para penjawat awam sedangkan kelakuan sumbang golongan pemerintah mereka tidak berani pun untuk bersuara dan menegur.


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 34 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 6:18 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter