Sunday, October 07, 2007

Gerakan mahu Suruhanjaya Di Raja siasat klip video V.K Lingam.

Assalamualaikum.

Jika kita baca blog Roslan SMS, pada mesyuarat agung tahunan Parti Gerakan kelmarin, sekali lagi pemuda Umno telah ditempelak atas tindakan ketua pemudanya menghunus keris pada perhimpunan agung parti berkenaan apabila salah seorang wakilnya berucap sambil mengangkat dua bilah replika keris. Semalamnya pula presiden Gerakan,Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dalam ucapannya telah meminta kerajaan mempertimbangkan agar diwujudkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video yang telah menimbulkan kontroversi dalam badan kehakiman baru-baru ini.

Pada berita TV jam 8 malam semalam, permintaan gerakan itu dengan jelas dijadikan tajuk pada NTV7, namun pada berita TV3 pula mereka hanya menyebut bahawa Gerakan menyokong panel siasatan. Pada akhbar hari ini pula tidak pun disebut pada kedua-dua akhbar nasional berbahasa Melayu dan isu ini hanya dilaporkan pada akhbar berbahasa Inggeris sahaja.

The Government should leave open the option of setting up a Royal Commission of Inquiry into the video clip of a prominent lawyer allegedly brokering the appointment of judges, said Gerakan acting president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Dr Koh, in his opening speech at the Gerakan National Delegates Conference yesterday, said public perception of the judiciary had been adversely affected by the video clip, and that if there was a need, a Royal Commission should be seriously considered.
At a press conference later, Dr Koh said if the three-man independent panel could not do its job adequately after the time given had run out and needed more powers, then there may be a need for the commission. The Star - 7 Oktober 2007.

Nampaknya pendirian Gerakan ini begitu berbeza dengan pendirian Umno termasuk presidennya yang berpendapat bahawa tidak perlu Suruhanjaya Siasatan Di Raja dan cukup dengan hanya panel penyiasat. Sekali lagi menunjukkan kepada kita bahawa tidak sependapatnya di kalangan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional ini.

Berkenaan cadangan Gerakan untuk menubuhkan satu parti pula, bagi saya sama ada satu parti atau pun banyak parti komponen di bawah satu parti ianya tetap tidak akan menyelesaikan pertikaian di antara parti-parti yang berlainan matlamat ini. Dalam erti kata yang lain, tidur di bantal yang sama, tetapi mimpi lain-lain.


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 33 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 7:57 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter