Tuesday, October 16, 2007

Program angkasawan negara dan Pak Lah

Assalamualaikum dan salam syawal.

Bercakap tentang program penghantaran rakyat Malaysia ke angkasa lepas yang begitu hangat diperkatakan pada saat-saat umat Islam menyambut hari raya Idulfitri ini, apa yang saya nampak program angkasawan negara ini sebenarnya telah digunakan untuk menaikkan nama Pak Lah selaku Perdana Menteri yang kelima. Sebagaimana yang kita maklum bahawa Pak Lah selama dilihat Perdana Menteri yang paling lemah dan paling bermasalah di kalangan 5 Perdana Menteri sebelumnya. Jika Tunku digelar bapa kemerdekaan, Tun digelar bapa pemodenan, Perdana Menteri kelima ini pula masih lagi tercari-cari perkara besar dan hebat untuk dikaitkan dengan beliau sebagai Perdana Menteri dan menutup segala kelemahan yang berlaku pada zaman pentadbiran beliau.

Akhirnya program angkasawan negara inilah dilihat boleh meletakkan nama Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima dalam catatan sejarah kerana angkasawan pertama negara dinobatkan pada zaman beliau sebagai Perdana Menteri. Dan maka dengan itu ianya telah mendapat publisiti yang meluas sekali dan sudah semestinya nama dan wajah Pak Lah akan dipaparkan dalam publisiti tersebut. Malahan sudah ada cadangan agar tarikh 10 Oktober iaitu tarikh berlepasnya angkasawan negara ke angkasaraya diisytiharkan sebagai hari angkasawan negara dan dibina sebuah tugu peringatan berkenaannya.

Semua ini dilihat bertujuan untuk menaikkan nama Pak Lah yang selama ini tercalar oleh pelbagai isu dan sekaligus menutup pelbagai kelemahan yang masih lagi berlaku sekarang ini. Dalam erti kata yang lain program angkasawan negara ini dapat membawa perhatian rakyat jauh ke angkasa sana dan melupakan seketika masalah yang berlaku di bawah iaitu di bumi Malaysia ini.


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 24 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 5:38 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter