Hishammuddin nak jadi ahli lembaga eksekutif Unesco
Assalamualaikum.
Petikan harakahdaily hari ini seorang bapa meminta agar Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak melepaskan diri daripada isu kertas soalan perperiksaan UPSR yang bocor ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran;
Isu soalan UPSR bocor, Hishamuddin tak boleh cuci tangan!
Bapa Prihatin Tue Oct 16, 07 10:23:44 pm MYT
Dalam banyak isu sama ada isu Melayu, isu buli, isu disiplin, isu bendera dibakar dan sebagainya, bahasa standard yang terpancur keluar dari mulut Hishamudin ialah kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak.
Tetapi anehnya apabila isu soalan UPSR bocor, yang menjadi tanggungjawab kementerianya, Hishamudin boleh dengan mudah berkompromi dengan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab memelihara amanah tersebut.
Banyak isu lain yang dijawabnya dengan lantang bahawa “kita tidak akan berkompromi…†tetapi menyentuh isu besar melibatkan kredibiliti dan integriti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), dengan mudah sahaja Hishamudin mengatakan tiada kebocoran pada soalan UPSR lepas.
Tanyalah kepada sesiapa sahaja, sama ada guru, pelajar dan ibubapa, semuanya resah dan kesal dengan apa yang berlaku dan yakin bahawa soalan UPSR telah bocor dan tersebar secara meluas dan terbuka.
Apabila disebut supaya pihak yang mendakwa mengemukakan bukti, kita dapat mengagak bahawa tiada seorang pun guru sanggup ke depan mengemukakan bukti walaupun mereka tahu maklumat soalan yang mereka perolehi 100 peratus tepat seperti mana soalan sebenar UPSR.
Hishamudin sebagai menteri bertanggungjawab sepatutnya cepat bertindak menubuhkan satu jawatankuasa bertindak peringkat kementerian bagi menyiasat bagaimana soalan-soalan tersebut (untuk semua kertas subjektif, yakni bukan objektif) boleh bocor dan tersebar dengan begitu meluas, dan bukannya dengan mengambil jalan mudah, iaitu hanya meminta supaya publik mengemukakan bukti.
Tindakan serius perlu diambil dan kalau tiada kepakaran di kementerian, Hishamuddin boleh memanggil pihak polis suapaya membantu pennyiasatan. Kalau didapati ada kelemahan dan pecah amanah berlaku, tindakan tegas perlu diambil supaya perkara seumpama ini tidak akan berulang untuk tahun ke-4 (2008) dan apatah lagi tahun depan peperiksaan UPSR bagi subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dan akan menjadi kayu pengukur keberkesan program tersebut.
Kes kebocoran soalan UPSR ini sebenarnya sudah berlaku sejak Hishamuddin dilantik Menteri Pelajaran lebih tiga tahun lalu. Cuma, kebocoran tahun ini lebih menjolok mata dan disebarkan secara menyeluruh.
Kita nak tengok, selepas kerajaan telah mengorbankan kepentingan bahasa Melayu dalam pembelajaran, apakah hasilnya yang boleh dibanggakan tahun hadapan? Atau isu kebocoran ini telah termasuk dalam perancangan jangka panjang supaya KPM dapat membuktikan bahawa prestasi pelajar terus meningkat walaupun pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris!
Sebagai seorang bapa, sebagai warga yang merdeka, kita perlu membina bangsa dan negara ini dengan penuh amanah dan keikhlasan. Umpamanya, seorang guru yang mengajar kelas anaknya sendiri dan bagi memastikan anaknya dapat kedudukan terbaik dalam peperiksaan, guru tersebut bertindak memberi soalan dan jawapan setiap kali peperiksaan atau ujian.
Kalau tanya Hishamudin, apakah wajar tindakan guru tersebut, sudah pasti Hishamudin akan menjawab bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana guru yang bertindak sedemikian rupa, tetapi apabila kementerian sendiri secara tidak serius membiarkan peperiksaan UPSR ini dengan polemik kebocoran secara berterusan, maka kita boleh mengandaikan bahawa sama sahaja tindakan Kementerian Pelajaran dengan sikap guru yang diperkatakan tadi.
Bagaimana agaknya kalau berlaku kebocoran pada peperiksaan SPM dan STPM, apakah universiti luar negara mahu menerima pelajar “bocor†dari Malaysia ini untuk belajar di tempat mereka?
Mana dia suara lantang GPMS, mengapa membisu seribu bahasa dalam hal kritikal ini, tetapi hanya sibuk dengan politik dalaman dan bersaing untuk lebih dekat dengan elit kuasa?
Majlis Permuafakatan PIBG Nasional pula jangan hanya sekadar buat kenyataan akhbar sahaja; ia mesti bertindak lebih serius lagi, umpamanya seluruh kepimpinan mengadap menteri menggesa agar dibersihkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Jangan kompromi lagi dengan perkara yang menjatuhkan maruah negara. Begitu juga pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengan pendidikan, semua harus bersuara lebih serius kerana isu kebocoran ini memalukan negara yang sudah 50 tahun merdeka, seolah-olah kita masih tidak pandai mengurus walaupun dalam hal-hal yang begitu mudah.
Kepada Hishamudin, keris yang kamu selalu hunus itu sebenarnya tidak cukup untuk memberi kekuatan kepada kamu untuk memimpin satu kementerian yang amat penting dalam membina masa depan negara ini. Kalau isu yang besar dan mudah untuk diselesaikan ini pun kamu gagal, sebenarnya ia bermakna kamu sudah tidak layak duduk di situ.
Maaf, sekali lagi Hishamudin, sebenarnya memang kamu tidak layak menjadi Menteri Pelajaran.
http://www.harakahdaily.net - 17 Oktober 2007.
Ketika belum selesainya isu kebocoran soalan UPSR ini, Datuk Seri Hishammuddin selaku Menteri Pelajaran Malaysia sudah pun berangan-angan untuk menduduki kerusi Lembaga Eksekutif Unesco iaitu salah satu badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menumpukan soal pendidikan;
Malaysia menawar diri untuk menduduki kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) semata-mata bagi berkongsi pengalaman dengan negara anggota lain, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Katanya, banyak isu yang dibangkitkan dalam pertubuhan itu adalah agenda yang sememangnya terkandung dalam perancangan negara, khususnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
"Unesco wujud 60 tahun dan kita bersama-sama Unesco selama 50 tahun dan sempena 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan tahun ini, saya berasa masanya sesuai dan tepat untuk kita menawarkan diri kita dalam Lembaga Eksekutif Unesco kali ini," katanya selepas majlis perasmian persidangan agung kali ke-34 Unesco di ibu pejabat pertubuhan itu di sini, semalam. Berita Harian - 17 Oktober 2007.
Nampaknya ianya samalah juga dengan kesungguhan Malaysia dalam usaha mendesak kerajaan Myanmar agar memulihkan demokrasi di negara itu sedangkan dalam masa yang sama demokrasi di negara ini sendiri berada ditahap yang rendah lebih-lebih lagi sejak timbulnya insiden peluru hidup di Batu Buruk. Dan juga tindakan menghantar rakyat Malaysia jauh ke angkasa lepas sana sedangkan di bawah ini pelbagai masalah yang timbul masih lagi belum dapat diselesaikan.
Maka sebelum Hishammuddin dan kerajaan Malaysia bercita-cita untuk kerusi lembaga eksekutif Unesco itu adalah lebih baik mereka menyelesaikan dahulu pelbagai masalah yang timbul terutama sekali yang berkaitan dengan pendidikan. Tambahan pula termaktub juga dalam badan dunia itu hal-hal yang berkaitan dengan kebebasan hak asasi dan kebebasan akhbar;
UNESCO promotes freedom of expression and freedom of the press and fosters media independence and pluralism by providing advisory services on media legislation and by making governments, parliamentarians and other decision-makers aware of the need to guarantee free expression.
UNESCO promotes freedom of expression and freedom of the press as a basic human right, through lobbying and monitoring activities. It highlights media independence and pluralism as fundamental to the process of democracy by providing advisory services on media legislation and by making governments, parliamentarians and other decision-makers aware of the need to guarantee free expression. Other major UNESCO activities in this field include the proclamation in 1993 by the United Nations General Assembly of a World Press Freedom Day to be celebrated on May 3rd; the establishment of an advisory group on press freedom which includes media professionals from all parts of the world; the establishment in 1997 of the UNESCO/Guillermo Cano World Press Freedom Prize. UNESCO supports independent media in zones of conflict to enable them to play an active role in conflict prevention and resolution and the transition towards a culture of peace.
Dipetik daripada laman web Unesco, http://portal.unesco.org
Sedangkan iklim kebebasan media di negara kita semua pun sudah maklum, hinggakan blog pun mereka hendak sekat. Satu lagi yang disebut dalam Unesco ialah soal kebahasaan;
Cultural and Linguistic Diversity in Education
Based upon the principles stated in the UNESCO Universal Declaration on Cultural Diversity, adopted by the General Conference of UNESCO at its 31st session (2 November 2001), the Organization has committed itself to supporting Member States wishing to encourage linguistic diversity while respecting the mother tongue at all levels of education, wherever possible, to promote through education an awareness of the positive value of cultural diversity and to make full use of culturally appropriate methods of communication and transmission of knowledge.The quest for quality education today is inextricably bound up with the processes and impact of globalization.
Convention on the Rights of the Child (1989) which provides in its Article 29 that “the education of the child shall be directed to…(a) The development of respect for the child’s…own cultural identity, language, and values.”
Dipetik daripada laman web Unesco, http://portal.unesco.org
Di negara kita, Bahasa Melayu sendiri telah dinafikan haknya apabila Bahasa Inggeris mengambil tempat dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik yang akhirnya menyebabkan para pelajar sukar untuk menerima subjek yang berbentuk teknikal itu.
HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 23 HARI LAGI.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home