Hunusan di hari raya.
Assalamualaikum.
Malaysia sertai rundingan Israel-Palestin
PUTRAJAYA: Malaysia yang komited memperjuangkan isu Palestin terus mendapat sokongan dunia untuk menyertai pemimpin Israel, Palestin dan Amerika Syarikat (AS) pada sidang damai Asia Barat yang dijangka diadakan di Washington, bulan depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata Malaysia kini mendapat sokongan baik untuk menyertai sidang damai Asia Barat bagi menamatkan konflik Israel-Palestin. "Saya menyokong pendirian Palestin (yang akan dikemukakan) pada persidangan (sidang damai Asia Barat) di Washington. Walaupun tarikhnya belum ditetapkan dan ada petunjuk menyatakan Malaysia wajar dijemput menghadiri persidangan itu.
"Ketika ini, sokongan yang diterima untuk Malaysia menyertai persidangan itu amat baik," katanya pada sidang akhbar bersama Presiden Palestin Berita Minggu - 21 Oktober 2007.
Yang pertamanya adakah mereka ini (Umno Malaysia dan Fatah Palestin) masih lagi tidak sedar bahawa perjanjian dan rundingan damai tidak mungkin dapat dilakukan dengan kaum Israel ini dulu, kini dan selamanya? Telah terbukti sejak zaman kerasulan SAW lagi bahawa bangsa Yahudi ini adalah satu bangsa yang gemar melanggar perjanjian apatah lagi ianya dianjurkan oleh Amerika yang kita maklum tidak boleh diharapkan dalam membela umat Islam Palestin malahan sudah jelas menyebelahi Israel.
Yang keduanya, di negara ini kalangan komponen Barisan Nasional sendiri masih lagi tidak sependapat dan sering berbalah. Yang terbaru kenyataan daripada PPP yang menyelar BN atas isu pembahagian kerusi;
Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) semalam menghangatkan keadaan politik dalam gabungan Barisan Nasional (BN) apabila secara terbuka mendakwa BN tidak menjadi sahabat yang baik dan setia kepada parti itu.
Ketua Pemudanya, T Murugiah, berkata PPP membuat pengorbanan besar demi perpaduan dan kepentingan negara dengan membelakangkan kepentingan diri ketika menyertai BN pada 1972, namun kecewa kini dianaktirikan dan semakin dilupai.
Malah, secara lantang, beliau menyifatkan BN tidak jujur kerana enggan menunaikan janji dan memenuhi permintaan parti itu yang membabitkan pembahagian beberapa kerusi pilihan raya yang kini diambil oleh parti komponen lain. Berita Minggu - 21 Oktober 2007.
Nampaknya Malaysia begitu berminat untuk terlibat dalam menyelesaikan permasalahan negara lain, sebelum ini juga negara kita begitu lantang menyelar junta tentera Myanmar dalam isu demokrasi dan layanan terhadap penunjuk perasaan sedangkan peristiwa Batu Burok tidak pun jauh berlalu. Jadi tidak perlulah malaysia hendak sibuk-sibuk campurtangan dalam isu negara lain. Adalah lebih baik Malaysia khususnya BN menyelesaikan dahulu masalah yang berlaku dalam parti mereka sendiri.
Decision shows independent judiciary.
KUANTAN: The landmark decision by a High Court to award RM2.5mil in damages to an ex-ISA detainee shows the judiciary is indeed “independent.”
Deputy Internal Security Minister Datuk Fu Ah Kiow described the decision as “timely” and should serve as a “reminder” to the authorities.
“The decision by the court pertaining to the case has two important bearings.
“One, it goes to show that our country’s judiciary is independent.
“Secondly, it serves as a reminder to the enforcement agencies not to abuse their authority in carrying out their duties. The Star - 21 Oktober 2007.
Keputusan penghakiman baru-baru ini yang disebut oleh Datuk Fu Ah Kiow itu sebenarnya belum boleh lagi menggambarkan bahawa sistem kehakiman negara kita sudah benar-benar bebas sepenuhnya dan masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Kerana itu pun hanyalah beberapa cebisan keputusan yang memihak kepada pembangkang dan rakyat sedangkan banyak lagi keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada pembangkang dan rakyat sebaliknya menguntungkan dan melindungi para pemerintah antaranya perbicaraan yang melibatkan petisyen pilihanraya.
Di sini kita boleh akui bahawa sistem kehakiman pada zaman Pak Lah adalah agak baik daripada zaman Tun Dr Mahathir apabila Datuk Seri Anwar telah dibebaskan daripada penjara oleh mahkamah. Namun begitu apa yang kita mahu ialah badan kehakiman ini bebas sepenuhnya, tidak dikongkong oleh badan eksekutif. Boleh jadi pembebasan Anwar dahulu adalah kehendak Pak Lah sebagai langkah untuk membina imej politiknya dan tidak mustahil juga bahawa keputusan mahkamah yang memihak kepada aktivis pembangkang baru-baru ini dibuat kerana tidak mahu mengeruhkan lagi institusi kehakiman akibat pendedahan klip video VK Lingam.
Jika benar-benar mereka mengatakan bahasa sistem kehakiman di negara ini benar-benar bebas, perkara pertama yang mereka harus lakukan ialah menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes video klip VK Lingam dan seterusnya menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang diketuai oleh Sultan Azlan Shah sebagai bekas Ketua Hakim Negara bagi mengkaji dan mengemukakan cadangan memulihkan badan kehakiman serta menegakkan kedaulatan undang-undang seperti yang telah dituntut dahulu.
Seperti juga media di negara kita, kita akui bahawa ada juga berita-berita berkenaan pembangkang disiarkan malahan ramai pemimpin parti pembangkang yang dipanggil untuk berforum di TV1. Namun ianya tidaklah bermakna bahawa akhbar dan media di negara ini bebas sepenuhnya kerana ruangannya terlalu sedikit dan media-media ini masih lagi dikawal oleh parti pemerintah. Bila-bila masa sahaja secebis keistimewaan itu boleh ditarik. Maka keputusan yang memihak kepada Abdul Malik Husin itu sebenarnya tidaklah menjamin bahawa rakyat akan terus mendapat keadilan kerana ISA masih boleh digunakan oleh pemerintah menahan sesiapa yang mereka kehendaki. Tambahan lagi mahkamah hanya mengarahkan kerajaan membayar sejumlah wang yang seperti dituntut kepada Abdul Malik Hussin. Ini bermakna wang rakyat jugalah yang akan keluar bukan wang menteri atau pegawai polis yang bertanggungjawab.
Oleh itu perkara yang paling penting sekali jika kerajaan benar-benar mahu membebaskan badan kehakiman ialah memansuhkan ISA dan beberapa akta lain yang tidak adil dan seterusnya melaksanakan perundangan Islam.
HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 20 HARI LAGI.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home