Friday, October 19, 2007

Sumbangan untuk buat rumah banglo?

Assalamualaikum.

Cuba tuan-tuan baca petikan akhbar di bawah ini;

Timur: Banglo cetus masalah
KUANTAN: Pembinaan sebuah banglo di Sri Kemunting di sini, mencetuskan masalah kepada penduduk berikutan rumah yang dibina ibu kepada Ketua Wanita Umno cawangan kampung itu, dikatakan tidak mempunyai pelan diluluskan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Projek pembinaan banglo itu menyebabkan rumah penduduk terutama yang terletak bersebelahannya dinaiki air apabila hujan lebat berikutan saluran longkang tersumbat, selain bumbungnya tinggi dan lebar hampir memasuki kawasan tanah bersebelahan.
Sebahagian besar kos pembinaan rumah banglo berharga lebih RM60,000 itu dibiayai hasil sumbangan orang ramai, selepas rumah kayu asal musnah dalam kebakaran awal tahun ini.
Beberapa aduan yang dikemukakan penduduk kepada MPK menyebabkan pemeriksaan dibuat MPK di premis berkenaan pada 14 Ogos lalu sebelum mengeluarkan notis supaya memberhentikan kerja pembinaan kerana tidak mempunyai kelulusan pelan.

Bagaimanapun, arahan itu tidak diendahkan pemilik rumah berkenaan apabila kerja pembinaan diteruskan seperti biasa hingga menjejaskan ketenteraman penduduk.
Kami kecewa kerana MPK tidak mengambil tindakan awal walaupun menerima bantahan penduduk.
Kami hairan kerana surat yang dikeluarkan MPK hanya merujuk projek itu sebagai `ubah suai tukar lantai' sedangkan apa yang berlaku ialah pembinaan sebuah rumah banglo selepas bangunan rumah lama musnah dalam kebakaran,” Berita Harian - 19 Oktober 2007.

Pelik, hasil sumbangan orang ramai yang bersimpati terhadap rumah kayu yang terbakar boleh dibina sebuah rumah banglo yang bernilai RM 60,000 dan pembinaannya pula telah menimbulkan kesulitan dan kemarahan oleh penduduk kampung itu sendiri.

Sungguh pelik sedangkan mangsa Tsunami dua tahun lalu yang mendapat sumbangan jutaan ringgit hasil keprihatinan rakyat Malaysia, bertahun-tahun untuk menduduki rumah baru dan hanya setelah kian lama merintih barulah mereka merasa rumah baru pada hari raya Idulfitri baru-baru ini.

Ini baru ibu kepada ketua wanita Umno peringkat cawangan.


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 21 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 2:07 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter