Pemerintahan Pak Lah tidak pernah tahan rakyat bawah ISA?
Assalamualaikum.
Semalam saya ada mengulas berkenaan kebebasan badan kehakiman yang disebut oleh seorang Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri atas keputusan perbicaraan yang memihak kepada mangsa tahanan ISA. Dalam akhbar The Star hari ini pula Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok mendakwa bahawa tiada siapapun pernah ditahan bawah ISA semasa pemerintahan Pak Lah. Kenyataan itu dibuat untuk membuktikan bahawa pentadbiran Pak Lah lebih mesra rakyat;
The country has a more positive image with the rule of law being upheld under the present Government. Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Bernard Dompok, who said this, added that as far as he knew, there had been no detention under the Internal Security Act (ISA) after Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi took over as Prime Minister in 2003. “This is a positive thing,” he said after opening a human rights seminar for supreme council members of his United Pasok Momogun Kadazandusun Organisation here yesterday. The Star - 22 Oktober 2007.
Perkara ini samalah seperti yang telah saya sebut semalam. Jika Pak Lah tidak pernah menahan mana-mana individu bawah ISA pun namun akta zalim itu tetap ada bersama-sama peruntukan tahanan tanpa bicaranya yang masih kekal. Bila-bila masa sahaja kerajaan boleh menggunakan akta ini untuk survival politik mereka. Bila-bila masa sahaja rakyat boleh dimangsakan dengan akta yang zalim ini. Sebelum ini pun kita banyak telah dengar ancaman ISA oleh kerajaan terhadap individu dan pihak-pihak tertentu termasuklah bloggers yang dilihat kerajaan boleh menggugat survival politik mereka. Lagipun masih ramai lagi mereka yang ditahan secara tidak adil di Kemunting sana yang belum dibebaskan.
Maka sebab itulah Pas bersama Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) terus menuntut agar tahanan-tahanan tanpa bicara ini dibebaskan atau dibicarakan di mahkamah dan ISA itu sendiri dimansuhkan.
HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 19 HARI LAGI.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home