Saturday, October 27, 2007

Mengapa penjawat awam sahaja yang kena bayar ganti rugi?

Assalamualaikum.

Penjawat awam rasuah bayar kerugian.
PUTRAJAYA: Kakitangan kerajaan yang didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana awam kemungkinan diperlukan membayar kerugian yang ditanggung kerajaan akibat perbuatan mereka selain dibuang kerja.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata kerajaan menggunakan sepenuhnya peraturan dan peruntukan sedia ada terhadap mereka terbabit selain hukuman dijatuhkan mahkamah.
“Jika didapati bersalah kita akan mengambil tindakan pentadbiran yang turut diperuntukkan untuk memastikan keadilan dilaksanakan sepenuhnya.
“Kita perlu bertindak adil dan kerajaan serius mengenai perkara ini... kita pun tidak mahu orang macam ini dalam perkhidmatan.”

Beliau mengulas usaha kerajaan mengatasi kerugian akibat perbuatan kakitangan kerajaan yang didakwa di mahkamah oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) sejak Isnin lalu kerana melakukan penyelewengan dana awam. Berita Harian - 27 Oktober 2007.

Jika kakitangan kerajaan yang rasuah terpaksa membayar ganti rugi atas kerugian yang ditanggung oleh kerajaan, baru-baru ini juga kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM 237 Juta kerana pembatalan jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor pada tahun lepas.

Semua pun tahu bahawa perkara ini adalah akibat kesilapan Perdana Menteri sendiri yang membuatkan keputusan membatalkan pembinaan setelah kontraktor yang bertanggungjawab dilantik. Maka sepatutnya Pak Lah dan menteri-menteri yang terlibatlah yang patut membayar ganti rugi atas kerugian yang ditanggung oleh rakyat itu.

Samalah juga dengan RM 2.5 Juta yang terpaksa dibayar kepada mangsa ISA baru-baru ini. Yang menahan adalah Menteri Dalam Negeri dan direstui Perdana Menteri, sepatutnya mereka jugalah yang harus menanggung kos pembayaran, bukannya rakyat.


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 13 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 12:14 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter