Kerajaan puas hati pendapatan perkapita rakyat.
Assalamualaikum.
KERAJAAN berpuas hati dengan pencapaian pendapatan perkapita rakyat negara ini yang diukur berasaskan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, pendapatan perkapita penduduk Malaysia sudah meningkat berkali ganda sejak negara mencapai kemerdekaan 50 tahun lalu hingga kini.
Beliau berkata, peningkatan pendapatan perkapita turut menyumbangkan kepada peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan penduduk secara berterusan.
"Sebagai contoh, pada 1957, pendapatan perkapita rakyat negara ini hanya RM815 setahun dan ia meningkat kepada RM1,172 pada 1970 dan kemudian RM19,739 pada 2006. Berita Harian - 23 Oktober 2007.
Angka 19,739 itu jika dibahagikan kepada 12 bulan ianya bermakna purata pendapatan bulanan bagi rakyat di seluruh negara ialah dalam linkungan RM 1600 dan angka 1600 itu sudah lebih melepasi garis kemiskinan bagi negara ini. Namun persoalannya sekarang adakah agihan pendapatan dan kekayaan di negara kita ini seimbang dan adil?
Jawabnya sudah tentu tidak, yang kaya khususnya ahli politik tamak dan kroni kapitalis semakin rakus mengumpul kekayaan, bina istana dan yang miskin masih ramai lagi yang mengharapkan perlaksanaan gaji minumum RM 900 serta pemberian bonus daripada kerajaan dan mereka terus dihimpit dengan kenaikan harga pelbagai barangan keperluan harian.
Akhirnya yang puas hati adalah kerajaan beserta kroni-kroni mereka dan yang mengeluh adalah rakyat yang dihimpit dengan pelbagai bebanan ekonomi.
HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 16 HARI LAGI.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home