Friday, October 26, 2007

Hunusan petang Jumaat.

Assalamualaikum.

Kenaikan gaji besar lebih baik dari bonus – Najib.
PARIS 25 Okt. – Kakitangan kerajaan perlu menyedari hakikat bahawa kenaikan gaji yang besar tahun ini sebenarnya jauh lebih besar faedahnya daripada bonus tahunan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, kenaikan gaji sebanyak 42 peratus yang diberikan kepada kumpulan sokongan tahun ini merupakan kenaikan gaji yang terbesar dalam sejarah.
Malah, tegas beliau, jika dikira tiap-tiap bulan, pendapatan kakitangan kerajaan yang bertambah itu jauh lebih besar daripada bonus tahunan yang pernah diterima.
“Sebab itulah kerajaan memutuskan pada tahun ini tidak ada bonus. Mereka kena terima hakikat kenaikan gaji yang besar itu lebih besar faedahnya daripada bonus tahunan yang pernah mereka terima sebelum ini,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerja tiga hari ke Perancis di sini, semalam. Utusan Malaysia - 29 Oktober 2007.


Di sini kita setuju bahawa kenaikan gaji kakitangan kerajaan sebelum adalah yang terbaik dan memberi faedah kepada mereka. Namun sedarkah Najib bahawa setelah naiknya gaji ini rakyat terus ditimpa dengan pelbagai kenaikan yang mebebankan. Dalam akhbar hari ini sahaja kita menerima dua berita yang tidak menyenangkan iaitu kemungkinan tarif elektrik dan kadar Tol akan dinaikkan lagi.

Dengan kenaikan-kenaikan yang sebegini nampaknya tidak ada apa peningkatan sebenarnya dalam upah benar kakitangan kerajaan. Apatah lagi kakitangan swasta yang masih lagi menuntut gaji minimum RM900 sudah tentu lebih membebankan mereka.


Tiada siaran langsung Perhimpunan Agung UMNO.
KUALA LUMPUR 25 Okt. – Perhimpunan Agung UMNO pada 5 hingga 9 November ini tidak akan disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.
Beliau berkata, Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memutuskan perkara itu.
‘‘Mungkin disebabkan kekecohan yang berlaku pada tahun lepas yang mengundang kecaman daripada pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) menyebabkan keputusan ini dibuat,’’ katanya.

Perhimpunan Agung UMNO tahun lepas yang disiarkan secara langsung sepenuhnya mengundang kecaman daripada beberapa pemimpin parti komponen BN kerana ucapan emosional beberapa perwakilan.
Malah, Kabinet yang membincangkan isu itu berpendapat penyiaran siaran langsung Perhimpunan Agung UMNO lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Utusan Malaysia - 26 Oktober 2007.

Jika kita masih ingat perhimpunan agung Umno pada tahun lepas telah menyaksikan perwakilan mereka memberikan ucapan yang emosi dan penuh dengan sentimen yang menyinggung kaum bukan Melayu di negara ini. Tidak cukup dengan ucapan, perhimpunan agung Umno tahun sebelumnya telah menyaksikan hunusan keris oleh ketua pemuda mereka.

Akibatnya tindakan mereka ini telah mendapat teguran, Umno sendiri telah dinasihatkan agar mengawal tingkah laku perwakilan mereka dan isu keris terhunus ini telah dijadikan modal dalam ucapan salah seorang perwakilan perhimpunan parti Gerakan beberapa minggu yang lepas.

Melihatkan paparan berita di atas ini menunjukkan kepada kita bahawa Umno sebenarnya masih gagal untuk mendidik ahli dan perwakilan mereka mengawal emosi semasa berucap dan tidak mustahil budaya mengecam parti komponen dan kaum yang lain akan berterusan pada perhimpunan agung Umno yang bermula 7 November ini.


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 14 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 5:59 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter