Apabila Pak Lah melawat BPR.
Assalamualaikum.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membuat lawatan buat kali pertama ke Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di sini hari ini mahu badan itu menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan sentiasa memelihara kewibawaannya.
Menurut beliau, agensi itu perlu memelihara imejnya sepanjang masa dan terus berusaha meningkatkan keupayaannya agar dapat melaksanakan tugas dengan baik.
‘‘Saya pesan supaya mereka jalankan tugas penuh bertanggungjawab, amanah, saksama dan memelihara kewibawaan serta imej BPR. Utusan Malaysia - 25 Oktober 2007.
PM puas hati cara BPR laksana tanggungjawab.
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Badan Pencegah Rasuah (BPR) melaksanakan tugas dengan adil dan saksama bagi memelihara imejnya sebagai agensi yang bertanggungjawab menangani rasuah.
Perdana Menteri yang berpuas hati dengan kejayaan BPR dalam menangani gejala rasuah, berkata pada masa sama agensi itu perlu terus meningkatkan keupayaan melaksanakan tanggungjawab diamanahkan. Berita Harian - 25 Oktober 2007.
Hairan, mengapa apabila BPR sekarang sedang sibuk dalam usaha menahan mereka yang terlibat dalam salah guna dana awam dan keterlibatan badan itu dalam siasatan kes klip video VK Lingam tiba-tiba Pak Lah boleh pulak sibuk hendak melawat badan pencegahan rasuah itu?
Dan dalam akhbar Berita Harian hari ini beliau menyatakan kepuasan hatinya terhadap apa yang dikatakan kejayaan BPR menangani gejala rasuah. Dalam akhbar harakah versi online hari ini melaporkan BPR telah membatalkan pertemuan mereka dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu klip video yang didedahkan oleh Anwar;
Batal jumpa Anwar, BPR salahguna akta pencegahan rasuah.
Wan Nordin dan Azamin Amin Foto Wan Zahari Salleh Thu Oct 25, 07 9:10:00 am MYT
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Hrkh) - Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang sepatutnya bertemu dengan Penasihat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) bagi mendapatkan bukti 'pita lingam' hari ini telah membatalkan pertemuan itu dengan hanya menelefon Anwar pada jam 11.00 pagi tadi.
Demikian kata Anwar dalam satu sidang media sejurus selepas mendapat dua panggilan dari BPR di Pejabatnya di Petaling Jaya pagi tadi.
BPR bagaimanapun tidak memaklumkan punca sebenar pembatalan tersebut termasuk tidak memberi tarikh pertemuan selanjut yang bakal diadakan, kata Anwar.
"Ini bukti yang dimahukan BPR ada di tangan saya,"sambil menunjukkan 'thumb drive' yang dikatakan mengandungi salinan sahih rakaman pita Lingam itu.
Beliau mengecam dan memberi amaran kepada BPR supaya mengambil bukti itu dalam masa lima minit (sambil menunjukkan 'thumb drive' yang dikatakan mengandungi salinan sahih pita Lingam) dari jam 12.00 tengahari tadi.
Dipetik daripada laman web http://www.harakahdaily.net - 25 Oktober 2007.
Mungkinkah maksud puas hati oleh Pak Lah itu kerana BPR hanya menangkap mereka pegawai-pegawai kerajaan yang di bawah sahaja dan tidak menyentuh pemimpin-pemimpin politik dan menteri dan peranan mereka dalam siasatan klip video VK Lingam?
Sebab itulah kita lihat walaubagaimana banyakpun tangkapan yang dibuat terhadap pelaku rasuah, namun masalah rasuah tidak pernah selesai malahan makin menjadi-jadi. Ini kerana BPR hanya menangkap apa yang disebut 'ikan bilis' sahaja sedangkan 'ikan jerung' iaitu menteri-menteri yang menjadi punca utama kepada merebaknya amalan rasuah di kalangan rakyat ini terus bebas.
HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 15 HARI LAGI.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home