Friday, October 26, 2007

Bahana rasuah - anggota polis pun terima bencananya.

Assalamualaikum.

2 polis maut ketika serbuan.
SUNGAI BULOH:Dua polis mati ditembak, manakala dua lagi parah dalam serbuan sebuah rumah yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah jenis syabu di Taman Suria, Kampung Desa Aman di sini malam tadi.
Anggota polis yang meninggal dunia ialah Lans Koperal Jaya Balan Krishnan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan Lans Koperal Alageson Malappan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Dua pegawai polis yang cedera ialah Cif Inspektor Helmi Zakaria dari cawangan Narkotik IPD Gombak dan Cif Inspektor Rajakumar Laju dari JSJ Komersial Bukit Aman.
Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, empat anggota polis yang berpakaian preman itu dikatakan ditembak sekurang-kurangnya 10 das tembakan oleh penjenayah dipercayai lebih daripada seorang.

Jaya Balan mati di tempat kejadian akibat terkena tembakan pada dada, manakala Alageson terkena tembakan pada perut dan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh. Seorang yang cedera dilaporkan kritikal, manakala seorang lagi stabil dan sedang dirawat di hospital berkenaan. Berita Harian - 26 Oktober 2007.

Sementara berita jam 8 malam tadi Pak Lah ternyata kecewa terhadap kejadian polis ditembak mati itu yang disifatkan beliau sebagai silap strategi. Berhubung dengan insiden ini juga timbul persoalan tentang tahap keselamatan di pintu masuk sempadan negara apabila Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum mendakwa pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam mudah dibolosi yang mengakibatkan kemasukan senjata api secara haram ke negara ini.

Kita percaya kemasukan senjata api secara haram melalui sempadan ini juga adalah akibat perlakuan rasuah. Inilah akibatnya, kerana perbuatan rasuah akhirnya anggota polis sendiri telah menerima bencananya.


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 14 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter