BN kempen pilihanraya dalam media massa milik rakyat.
Assalamualaikum.
Timur: Kempen dalam ceramah bukti pembangkang terdesak.
KUANTAN: Tindakan pembangkang mengadakan kempen pilihan raya lebih awal melalui majlis ceramah walaupun Parlimen belum dibubarkan, membuktikan pakatan pembangkang semakin terdesak untuk meraih sokongan dan undi rakyat.
Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, berkata Umno tidak gentar dengan tindakan pembangkang itu, sebaliknya menyifatkan mereka berbuat demikian kerana mempunyai terlalu banyak masa lapang.
Beliau berkata, Umno akan menangkis segala dakyah pembangkang menerusi majlis penerangan isu semasa yang diadakan di peringkat Parlimen di seluruh negeri, bagi memastikan rakyat tidak dikelirukan dengan fakta sebenar. Berita Harian - 29 Januari 2008.
Sungguh hina dan jijik saya tengok ahli Umno yang mengeluarkan kenyataan di atas ini. Dia mengeluarkan kenyataan yang membidas pembangkang sedangkan partinya juga saban hari berkempen pilihanraya walaupun parlimen belum dibubarkan. Malahan lebih hina dan memualkan lagi apabila kempen pilihanraya mereka mempergunakan media-media masa yang sekian lama sedia untuk menjadi budak suruhan kepada parti pemerintah ini.
Mereka parti pemerintah bebas untuk mengentam pembangkang di surat khabar dan televisyen yang di kawal oleh mereka sedangkan pembangkang khususnya Pas tidak berpeluang untuk memberikan penjelasan berkenaan isu yang mereka bawa terutamanya berkenaan negara kebajikan.
Jadi sebenarnya pemimpin Pas yang mempunyai masa yang padat dan tidak ada masa yang terluang kerana segala masa itu harus dimanfaatkan untuk memberikan penerangan kepada rakyat melalui saluran yang amat terhad. Sedangkan pemimpin BN mempunya masa yang terluang kerana segala kempen telah dijalankan oleh budak-budah suruhan mereka. Itu pun mereka masih lagi gagal memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home