Monday, January 21, 2008

Negara kebajikan bukan sekadar cakap-cakap kosong.

Assalamualaikum.

Pas janji ‘negara kebajikan’.
KUANTAN 20 Jan. – Pas mula menyebarkan manifesto pilihan raya, antaranya mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara kebajikan’ sekiranya menang dalam pilihan raya umum ke-12.
Antara yang dijanjikan parti itu ke arah ‘negara kebajikan’ ialah mengurangkan harga minyak petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada harga semasa dan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Selain itu, Pas juga berjanji menawarkan sistem pembelajaran percuma tanpa dikenakan bayaran tambahan di sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran, serta memastikan perkhidmatan kesihatan percuma di hospital kerajaan.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, menerusi konsep negara kebajikan, rakyat miskin terutama warga emas juga akan diberi elaun sara hidup bagi menampung kehidupan mereka setiap bulan.
‘‘Mari kita buat perubahan. Saya yakin kita boleh buat perubahan. Perubahan mesti sama-sama, tidak boleh Melayu sahaja, India sahaja atau Cina sahaja.
‘‘Kita akan menjadikan Malaysia ‘negara kebajikan’, yang akan mengambil kira semua kesusahan rakyat daripada semua kaum,” Utusan Malaysia - 21 Januari 2008.


Bagi saya perkara-perkara dalam manifesto yang disebutkan oleh Presiden Pas itu tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana antara asas bagi negara berkebajikan ialah pemimpin-pemimpinnya yang amanah, berakhlak dan tidak mengamalkan rasuah. Dan dengan adanya sifat-sifat pemimpin yang sebegini maka sesebuah negara itu akan terselamat daripada dilanda kerugian akibat gejala rasuah dan penyelewengan ini. Maka dengan itu konsep negara kebajikan dapat diamalkan dengan sempurna.

Sedangkan bagi kerajaan Barisan Nasional jangankan hendak melaksanakan negara kebajikan, hendak cakap berkenaannya pun boleh tentu lagi kerana amalan penyelewengan yang berlaku yang telah merugikan jutaan wang rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter