Tuesday, January 08, 2008

Khairy dalam akhbar hari ini.

Assalamualaikum.

Tiada siapa berhak cakap pasal tarikh pilihan raya.
KEPALA BATAS 7 Jan. – Semua pihak termasuk Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman tidak berhak untuk mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan berhubung tarikh sebenar pilihan raya umum.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sebarang keputusan berhubung perkara itu hanya boleh ditentukan dan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Justeru, katanya, tindakan Ab. Rashid baru-baru ini yang mengeluarkan kenyataan berbentuk spekulasi mendakwa sudah mengetahui tarikh sebenar pilihan raya adalah tidak wajar.
“Soalan (bila tarikh pilihan raya) tiada siapa yang boleh keluarkan kenyataan termasuk pemimpin-pemimpin politik kerana itu adalah kuasa mutlak Perdana Menteri.
“Jadi, saya pun tidak faham kenapa Pengerusi SPR (Ab. Rashid) boleh keluarkan kenyataan seperti itu, ia bukan kuasa dia,” Utusan Malaysia - 8 Januari 2008.


Kenyataan Khairy Jamaluddin dalam keratan akhbar di atas ini seolah-olah beliau adalah orang no. 2 dan paling kanan selepas Perdana Menteri iaitu Pak Lah. Sedangkan Pak Lah dan menteri-menteri kabinet yang lain pun tidak bising soal ini. Satu lagi sepatutnya yang diberitahu kepada Rashid dan SPR ialah menjalankan amanah sebagai pengendali pilihanraya secara adil dan jujur serta tidak memihak kepada mana-mana parti politik terutamanya parti pemerintah. Namun kita percaya Khairy tidak akan berkata begitu kerana ianya adalah untuk kepentingan parti politik dia dan bapa mertuanya.


Usah lepas tangan didik anak.
KEPALA BATAS: Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak 'menswastakan' tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak kepada pihak ketiga kerana ia boleh menyebabkan anak rasa terabai dan mudah terdedah kepada pelbagai gejala sosial.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata ada ibu bapa zaman moden menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik dan membimbing anak mereka kepada orang lain seperti guru sekolah dan guru tuisyen.
"Ibu bapa tidak boleh bersikap lepas tangan dan menyerahkan bulat-bulat soal pendidikan anak kepada sekolah atau institusi lain. Berita Harian - 8 Januari 2008.

Jika Khairy berkata begitu kita juga mahu bapa mertua beliau iaitu Pak Lah dan kerajaan BN menyediakan suasana dan persikitaran yang sihat untuk membesarkan anak dan membenteras pengaruh negatif yang menjadi punca kepada kebejatan sosial ketika ini. Kerana pada zaman ini walaupun ibu dan bapa itu boleh mendidik anak-anak mereka dengan baik di rumah namun anak-anak itu sudah tentulah perlu keluar untuk menuntut ilmu dan ketika itulah mereka terdedah kepada pengaruh-pengaruh tidak sihat yang dilesenkan oleh kerajaan Barisan Nasional ini.

Contoh yang paling dekat ialah sambutan tahun baru, baru-baru ini. Perdana Menteri dan kerajaan sendiri hadir ke majlis detik 12 malam itu seolah-olah merestui dan memberi ruang kepada anak-anak muda untuk melakukan maksiat. Memang tidak dinafikan bahawa ada operasi-operasi oleh penguatkuasa jabatan agama untuk membenteras kegiatan maksiat oleh anak-anak muda ini.

Namun alangkah mudah jika diharamkan sahaja pesta-pesta sebegitu dan digantikan dengan majlis-majlis yang menggambarkan kesyukuran seperti yang diadakan di Masjid Asy Syakirin, KLCC. Namun pemimpin negara sediri pun tidak menunjukkan minat kepada majlis-majlis yang berunsur kerohanian begini. Yang lucunya televisyen kita sibuk pula memaparkan tentang gejala keruntuhan moral pada sambutan tahun baru dalam siaran berita mereka. Dan seperti kebiasaan ibu-bapa jugalah yang akan dipersalahkan kerana kononnya gagal mengawal tingkah laku anak-anak.

posted by Lidah Penghunus @ 5:44 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter