Wednesday, January 02, 2008

Soi Lek mendedahkan kebusukan kerajaan Barisan Nasional.

Assalamualaikum.

Dalam berita tv sebentar tadi akhirnya Menteri Kesihatan, Datuk Chua Soi Lek meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab atas ketelanjurannya. Baguslah jika begitu keputusannya. Tidak mungkin seorang menteri yang memegang porfolio kesihatan boleh mengajak rakyat agar mengamalkan cara hidup sihat, sedangkan beliau sendiri terlibat dengan seks bebas. Namun apa yang menarik berkenaan berita yang memberikan liputan hampir suku daripada siaran berita kepada isu Chua Soi Lek ini ialah kenyataan beliau yang seolah-olah ingin mendedahkan sesuatu kepada rakyat.

Antara yang sempat saya kutip ialah kenyataan beliau yang berbunyi "Saya bukanlah orang yang pertama dan bukan juga orang yang terakhir yang terlibat dengan perkara ini." Turut disentuh beliau pada sidang akhbar berkenaan ialah bersangkutan dengan politik bersih atau amalan menghindari rasuah. Dalam kenyataan beliau itu beliau mengatakan bahawa banyak lagi orang-orang politik sepertinya yang mengamalkan rasuah, namun kata beliau biarlah ianya menjadi rahsia beliau.

Sebenarnya kenyataan-kenyataan Datuk Chua dalam berita tv sebentar tadi memberi gambaran kepada kita bahawa begitu kotor dan busuknya Barisan Nasional selama ini. Cumanya beliau Chua Soi Lek antara yang tidak bernasib baik apabila kebusukan yang dilakukan oleh beliau tidak dapat ditutup. Sedangkan ramai lagi orang politik yang sebaris dengannya yang belum terbongkar lagi kebusukan yang dilakukan oleh mereka.

Apa yang dapat saya perhatikan pada sidang media yang dipaparkan dalam berita itu tadi. Chua Soi Lek seolah-olah ingin melepaskan geram mungkin kepada rakan-rakannya yang masih tersimpan rapi kebusukan mereka tetapi berlagak 'alim' atau seperti yang disebut oleh beliau holier than thou apabila terus membidas dan memaksa beliau meletakkan jawatan. Dalam lain perkataan perletakan jawatan Datuk Chua ini mungkin kerana paksaan oleh pihak-pihak yang tertentu sedangkan semalam kita tahu bahawa Datuk Chua tetap akan mempertahankan jawatannya.

Apa yang hendak saya katakan di sini, inilah hasil daripada mandat haram yang diperolehi oleh Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-11 yang lalu. Selepas ini kita tunggu pula siapa pula yang akan terbongkar kebusukannya.

posted by Lidah Penghunus @ 10:10 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter