Kita tidak mengharapkan orang seperti Pak Lah untuk memperjuangkan Islam.
Assalamualaikum.
Pelampau tiada tempat -- Jangan beri ruang mereka juarai isu agama, kaum – Abdullah.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat tidak memberi ruang kepada puak pelampau menjuarai isu-isu membabitkan agama dan kaum kerana ia boleh menjejaskan keamanan dan memusnahkan negara.
Perdana Menteri berkata, budaya ekstrem tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya akan mencetuskan kekacauan serta kekeruhan yang akhirnya memberi kesan kepada masa depan negara.
“Jangan sesekali memberi ruang kepada puak-puak pelampau ini mempengaruhi rakyat kita. Jangan biarkan mereka menjadi juara apa jua isu khususnya berkait dengan agama dan kaum.
“Negara akan menanggung akibat lebih buruk jika budaya ini (melampau) tidak kita sekat mulai sekarang. Biarkan golongan sederhana yang mengambil peranan tersebut,” Utusan Malaysia - 26 Disember 2007.
Memang benar bahawa kita tidak memerlukan orang yang melampaui batas dalam menangani sesuatu isu terutamanya isu agama. Allah berfirman dalam surah al Baqarah ayat 190 yang bermaksud "Dan perangi mereka di jalan Allah dan janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas." Di sini kita walaupun ianya menyebut tentang perperangan dan pertempuran namun dalam hal ini Allah tetap melarang hamba agar melampaui batas. Maka jika dalam berperang juga Allah menegah hambanya melampaui batas, apatah lagi dalam urusan-urusan yang lain terutamanya yang melibatkan hal-hal keagamaan. Namun di sini kita juga tidak memerlukan orang-orang seperti Pak Lah serta mereka yang di dalam Umno dan Barisan Nasional dalam mengambil peranan terhadap isu-isu agama terutamanya agama Islam. Kerana dengan sikap mereka inilah agama Islam semakin ditekan dan semakin ramai masyarakat Islam di negara ini yang menyimpang daripada amalan Islam yang sebenar.
Jika hendak dikatakan mereka ini memperjuangkan Islam, hingga ke hari ini Islam tidak dilaksanakan dalam peringkat bernegara. Jika hendak dikatakan mereka ini memperjuangkan bangsa Melayu, masih ramai lagi orang Melayu yang dihimpit oleh kemiskinan. Jika hendak dikatakan mereka ini serius dalam memperjuangkan nasib kaum india, bukan rahsia lagi bahawa kaum India di negara ini masih ramai yang terpinggir dan jika hendak dikatakan mereka Barisan Nasional ini memperjuangkan semua kaum di negara ini, hingga kini kita terus dihimpit oleh kenaikan harga minyak, kenaikan kadar tol dan seterusnya kenaikan harga barangan keperluan yang menyebabkan kita terus dihimpit kesusahan. Jadi apalagi yang hendak kita harapkan kepada mereka yang kononnya mengamalkan pendekatan sederhana ini.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home