Wednesday, December 12, 2007

Pindaan perlembagaan berkaitan umur anggota SPR diluluskan.

Assalamualaikum.

Apabila melihatkan berita berkenaan penangkapan beberapa pimpinan serta aktivis yang menyertai himpunan BERSIH semalam. Ditambah pula dengan sekatan-sekatan jalanraya yang bertujuan untuk menghalang serta menakut-nakutkan rakyat daripada turut serta dalam penyerahan memorandum ke Parlimen. Dan membaca akhbar hari ini tentang laporan bahawa pindaan perlembagaan untuk umur anggota SPR diluluskan. Menunjukkan kepada kita bahawa BN sedangkan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka mempunya kuasa yang tidak boleh dicabar oleh sesiapa. Mereka mempunya polis yang akan menangkap sesiapa sahaja yang didapati menggugat keselamatan politik mereka. Dan tiada pun boleh menghalang tindakan mereka yang bertujuan untuk kepentingan politik mereka.

Akhirnya pindaan perlembagaan berkenaan umur anggota SPR yang bertujuan untuk memastikan pengerusi SPR yang sekarang ini terus dipergunakan oleh mereka dalam pilihanraya umum akan datang diluluskan tanpa boleh dihalang oleh sesiapa. Begitu angkuhnya mereka. Sedangkan mereka lupa bahawa mereka merancang. Allah merancang dan perancangan Allah lebih baik. Mereka dan Rashid lupa bahawa tiada siapapun yang dapat menjamin bahawa umur seseorang itu boleh lanjut walaupun untuk sesaat lagi jika Allah tidak izinkan. Adakah Rashid yakin bahawa pasti dia boleh terus hidup hingga ke tahun hadapan. Adakah dia yakin bahawa maut tidak menjemput dia dalam jangka masa yang sesingkat ini?

Lihatlah rombongan wanita Umno ke tempat peranginan Cameron Highland semalam. Tiada siapapun dapat menjangka bahawa Allah akan menjemput 7 daripada mereka untuk mengadapNya. Sedangkan mereka hanya hendak bersia-siar. Bukan pergi untuk berdemonstrasi apatah lagi untuk mati syahid. Begitu juga dengan diri saya tiada siapa yang boleh menjamin yang saya akan terus boleh menulis di blog ini untuk keluaran esok. Maka sepatutnya Rashid tidak harus membiarkan usianya yang tidak pasti itu diisi dengan pengabdian kepada mereka ynag zalim. Kita rakyat belum sampai lagi untuk mendoakan beliau mampus agar rancangan BN untuk terus mempergunakan dia dalam pilihanraya akan datang gagal. Ini bukan akhlak kita. Kerana kita percaya ada orang yang sayang kepasa Rashid yang berdia agar dia berubah. Maka kita teruskan doa agar Allah gagalkan segala perancangan BN untuk terus berkuasa.

posted by Lidah Penghunus @ 6:31 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter