Friday, December 07, 2007

Khairy kata pertemuan dengan HINDRAF tidak perlu.

Assalamualaikum.

Pertemuan dengan Hindraf tidak perlu.
KUALA LUMPUR 6 Dis. – Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan janganlah memuliakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) dengan bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan anggotanya.
Berucap pada forum Kestablian Politik dan Tadbir Urus Kerajaan: Prasyarat Terhadap Pembinaan Negara, beliau menyifatkan apa yang dipanggil memorandum mereka sebagai satu pembohongan dan mengarut seperti yang didakwa bahawa kerajaan mengamalkan pembersihan etnik lima tahun lepas di Kampung Medan dekat sini.
Hindraf mendakwa bahawa kira-kira 100 orang India telah dibunuh di Kampung Medan tetapi polis mencatatkan bilangan kematian rasmi hanya enam orang. Utusan Malaysia - 7 Disember 2007.


Nampaknya sekali lagi menantu Pak Lah ini mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan bahawa beliau sememangnya buta sejarah. Sedangkan Parti Komunis Malaya sebuah organisasi bersenjata yang telah banyak membuat sabotaj serta membunuh rakyat dan anggota keselamatan pernah dipanggil berunding oleh kerajaan yang wakilnya adalah Tunku pada tahun 1955. Inikan HINDRAF yang belum terbukti lagi bahawa pertubuhan itu sedang cuba untuk melakukan kegiatan subversif walaupun sudah ada dakwaan bahawa pertubuhan itu cuba mendapatkan bantuan pengganas antarabangsa(1) dalam akhbar hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mendedahkan tindakan puak pelampau Hindu Rights Action Force (Hindraf) sudah sampai ke tahap mengancam keselamatan negara kerana terdapat bukti pertubuhan itu berusaha mendapatkan sokongan dan bantuan pengganas antarabangsa(2).
Musa dalam satu kenyataan di sini tidak menyatakan nama kumpulan pengganas yang mempunyai kaitan dengan Hindraf yang digerakkan oleh lima peguam dan seorang eksekutif kanan syarikat swasta.
Bagaimanapun, semalam Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ada mengaitkan kumpulan pelampau itu dengan Pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dari Sri Lanka.
Kenyataan Abdul Gani itu dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam ketika beliau berhujah supaya mahkamah tidak membenarkan lima penyokong Hindraf dijamin atas alasan tertuduh terbabit berpotensi mengadakan perhimpunan haram dan mengaitkan mereka dengan LTTE.
Tetapi, selepas mendapat bantahan keras daripada peguam-peguam tertuduh terlibat, hujah Abdul Gani mengenai kaitan mereka dengan LTTE itu dipadamkan daripada rekod mahkamah(3). Utusan Malaysia - 7 Disember 2007.


Jadi tidak perlulah Khairy hendak menjadi jaguh Melayu dengan menghalang kedua-kedua pihak ini daripada bertemu. Soal gagal atau berjayanya pertemuan itu ianya adalah soal lain. Yang pentingnya melalui pertemuan itu kerajaan boleh mendapatkan penjelasan daripada HINDRAF sendiri mengapa mereka mengeluarkan tuduhan-tuduhan liar yang sebegitu.


1. Tuduhan liar yang biasa dibuat oleh kerajaan BN terhadap musuh politik mereka.
2. Mungkinkah ini langkah untuk menghalalkan tindakan ISA kepada HINDRAF?
3. Jika benar tuduhan Ghani Patail itu berasas mengapa beliau mesti akur kepada bantahan peguam bela?

posted by Lidah Penghunus @ 6:12 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter