Wednesday, December 05, 2007

Penunjuk perasaan didakwa cuba membunuh anggota polis, anggota polis yang tembak orang awam bagaimana?

Assalamualaikum.

Seramai 26 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan cubaan membunuh seorang pegawai polis dalam satu perhimpunan haram di Batu Caves, Gombak, akhir bulan lalu.
Semua lelaki berumur antara 18 hingga 45 tahun itu, dituduh melakukan kesalahan berkenaan ketika menyertai perhimpunan haram di antara jam 1 pagi hingga 8 pagi, 25 November lalu. Mereka menghadapi tuduhan bersama menunjukkan kekerasan jenayah bagi menakutkan seorang pegawai polis, Dadi Abdul Rani.
Mengikut tuduhan itu, seorang atau lebih daripada mereka didakwa melakukan perbuatan dengan pengetahuan bahawa ia boleh menyebabkan kematian. Mereka didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan. Berita Harian - 5 Disember 2007.


Peserta himpunan HINDRAF yang telah berlangsung dua minggu yang lalu telah pun dihadapkan mahkamah atas dakwaan cubaan membunuh pihak polis. Namun anggota polis yang menembak orang awam dengan peluru hidup pada insiden Batu Buruk 8 September yang lalu belum pun dihadapkan ke mahkamah walaupun peristiwa tersebut telah dua bulan berlalu.

Kalau diikutkan anggota polis berkenaan sepatutnya sudah lama dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan cubaan membunuh dengan menggunakan senjata api kerana tindakannya menyebabkan mangsa tembakan mengalami cedera parah dan hampir maut. Ini ditambah lagi dengan pendedahan Tuan Haji Mohd Sabu sendiri yang melihat bagaimana seorang anggota polis mengejar orang awam dengan sepucuk pistol.

posted by Lidah Penghunus @ 6:40 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter