Sunday, December 09, 2007

Rashid yang gila kuasa.

Assalamualaikum.

Sementara itu pada majlis lain di sini hari ini, Ab. Rashid berkata, beliau sedia menimbang jika mendapat tawaran untuk melanjutkan jawatan yang dipegangnya sejak tahun 2000.
Menurutnya, pengalaman dan pengetahuan selok-belok pilihan raya yang dimiliki menjadi kelebihan untuknya berbanding muka baru yang akan dilantik.
‘‘Selama ini saya sudah setia kepada SPR. Saya beri sepenuh komitmen walaupun umur bersara wajib akan tamat akhir bulan ini," Mingguan Malaysia - 9 Disember 2007.


Selama ini kita memang maklum bahawa pengerusi SPR, Tan Sri Ab Rashid adalah seorang yang pembohong, angkuh dan sedia diperalat oleh parti pemerintah. Rupa-rupanya beliau juga adalah seorang yang gila kuasa. Lihatlah petikan akhbar di atas ini bagaimana Rashid menganggap beliau sahaja yang pandai dan pengalaman,muka yang akan menggantikan beliau tidak berpengalaman dan tidak layak. Namun kita tahu sebenarnya Rashid mahu terus dipergunakan oleh Barisan Nasional untuk memenangkan mereka sebab itulah tiba-tiba timbul cadangan agar umur pengerusi SPR dinaikkan daripada 65 ke 66.

Maka dengan itu pada 11 Disember ini marilah kita ikut serta bersama-sama pimpinan BERSIH menghantar memorandum membantah cadangan pindaan perlembagaan berkaitan umur persaraan pengerusi SPR ini di parlimen. Kita rakyat Malaysia tidak perlukan lagi khidmat Rashid untuk mengendalikan pilihanraya di negara ini kerana ternyata beliau adalah pembohong, angkuh, gila kuasa dan sedia dipergunakan oleh kerajaan yang zalim dan menindas rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 6:03 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter