Selamat Hari Raya Qurban.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah esok kita umat Islam di negara ini akan menyambut hari raya Idul Adha atau hari raya haji. Setiap kali hadirnya hari raya Idul Adha atau raya Qurban ini ianya sudah tentulah akan dikaitkan dengan pengorbanan terutamanya pengorbanan yang dilakukan kerana Allah sesuai dengan kisah Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak yang disayanginya iaitu Nab Ismail a.s demi mematuhi perintah Allah swt.
Maka pada hari raya Qurban pada tahun ini suka untuk saya mengaitkannya dengan pengorbanan saudara-saudara kita di negara ini dalam memperjuangkan kebenaran terutama sekali pada tanggal 10 November yang lalu yang telah menyaksikan bagaimana pengorbanan saudara-saudara kita yang sanggup turun ke ibukota Kuala Lumpur menempuh pelbagai sekatan jalanraya, mengetepikan pelbagai amaran keras daripada pihak pemerintah demi menuntut pilihanraya yang adil dan BERSIH di negara ini.
Mereka yang datang daripada jauh ini sanggup untuk berhadapan dengan semburan air kimia, tembakan gas pemedih mata malahan belantan daripada pihak polis. Dan ramai diantara mereka yang samggup diri mereka ditahan dan dihadapkan ke mahkamah atas nama perjuangan.
Di sini mungkin masyarakat akan mengatakan mereka ini bertindak bodoh, buat kerja tidak berfaedah dan menyusahkan orang lain. Namun kita percaya dengan pengorbanan mereka inilah suatu hari nanti rakyat akan mengecapi pilihanraya yang adil dan seterusnya negara dan pemerintah yang berkebajikan. Asalkan rakyat sekalian bersedia untuk berkorban dengan menumbangkan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home