Tuesday, December 25, 2007

Saya tidak menyesal - Paranjothy.

Assalamualaikum.

Dakwaan pembangkang hanya gimik politik.
TEMERLOH: Dakwaan pembangkang kononnya MIC meminggirkan kaum India di Malaysia disifatkan gimik politik dan cubaan mereka untuk memancing undi menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda MIC, S A Vigneswaran, berkata pembangkang akan menggunakan apa juga cara termasuk memperalatkan golongan tertentu asalkan mereka dapat menagih sokongan daripada kaum India supaya tidak lagi mengundi calon Barisan Nasional (BN), termasuk daripada MIC pada pilihan raya akan datang. Berita Harian - 24 Disember 2007.

Saya tidak menyesal – Paranjothy.
KUALA LUMPUR 24 Dis. – Naib Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy sedia menerima apa jua bentuk hukuman berikutan kenyataannya bahawa kaum India di negara ini terus terpinggir.
Bagaimanapun, beliau tidak menyesal dengan tindakan itu kerana ia merupakan usahanya untuk meluahkan perasaan rakyat di peringkat akar umbi.
Sebagai seorang ahli politik, katanya, beliau harus menanggung risiko terhadap tindakannya itu termasuk dikenakan hukuman oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CCC) dan Jawatankuasa Disiplin Parti Gerakan.
‘‘Saya tertakluk kepada perlembagaan parti dan saya juga tertakluk kepada undang-undang negara. Jika parti mendapati saya telah melakukan satu kesalahan yang bertentangan dengan perlembagaan, saya sedia dikenakan tindakan. Utusan Malaysia - 25 Disember 2007.


kenyataan Ahli Parlimen Cameron Highlands, SK Devamany yang mendakwa dasar pembangunan kerajaan gagal membangunkan kaum India.
Devamany mengulangi perkara itu ketika Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum menjawab soalan beliau mengenai peratusan terkini kakitangan India dalam perkhidmatan polis dan tentera. Ditemui di lobi Parlimen kemudiannya, Devamany berkata, beliau tidak kesal kerana membuat kenyataan itu dan beliau tidak mengkritik dasar kerajaan kerana apa yang dilakukannya hanyalah berjuang demi kepentingan masyarakatnya. Berita Harian - 27 November 2007.

Akhbar Berita Harian semalam memetik kenyataan Ketua Pemuda MIC bahawa dakwaan pembangkang yang mengatakan MIC meminggirkan kaum India sebagai gimik politik yang bertujuan untuk memancing undi menjelang pilihanraya umum akan datang. Baru-baru ini Naib Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy mengeluarkan kenyataan bahawa kaum India di negara ini terus terpinggir dan salah puncanya adalah daripada Umno sendiri. Sebelum ini juga Ahli Parlimen Cameron Highlands, SK Devamany pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dasar kerajaan gagal membangunkan kaum India.

Maka di sini kita ingin bertanya kepada Visneswaran apa pula komen beliau berkenaan kenyataan kedua-kedua individu ini. Adakah beliau juga hendak mengatakan bahawa ini adalah gimik politik untuk memancing undi menjelang pilihanraya umum? sedangkan Kedua-duanya adalah daripada parti komponen Barisan Nasional termasuk MIC sendiri. Kedua-duanya mengeluarkan kenyataan adalah atas dasar kesedaran untuk membela kaum mereka sendiri yang sedang dihimpit kemiskinan. Bukan untuk gimik politik dan bukan untuk memancing undi. Malahan kedua-dua mereka sedar akan risiko yang akan mereka tanggung apabila bersuara dalam parti Barisan Nasional yang tidak demokratik itu.

posted by Lidah Penghunus @ 12:37 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter