Monday, December 24, 2007

Rasuah pilihanraya RM2b untuk rakyat Kelantan.

Assalamualaikum.

Draf manifesto Barisan Nasional (BN) Kelantan berteraskan tiga projek mega membabitkan peruntukan RM2 bilion bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang akan diserah kepada kepemimpinan parti awal tahun depan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa, berkata draf bertemakan `Menawan Kelantan' itu hampir siap dan sedang disemak sekumpulan pakar diketuai ahli keusahawan Kelantan, Datuk Hassan Harun.
"Kita akan melaksanakan projek segera ini yang membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion bagi melonjakkan pembangunan Kelantan sebaik saja diberi mandat untuk memerintah," katanya selepas majlis sambutan Aidiladha di di sini, semalam. Berita Harian - 24 Disember 2007.

Peruntukan RM2 bilion ini hanya akan dilaksanakan apabila BN berjaya memerintah Kelantan. Ini bermakna jika selepas pilihanraya umum ke-12 nanti BN gagal merampas negeri Kelantan dan Pas kekal sebagai kerajaan negeri, rakyat Kelantan tidak akan merasa RM2 bilion seperti yang diwar-warkan ketika ini. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai rasuah pilihanraya atau politik wang yang begitu sinonim dengan Umno dan Barisan Nasional.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter