Tuesday, December 25, 2007

Perlawanan bola sepak yang tidak aman.

Assalamualaikum.

Pengadil tembak selamat diri.
JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis yang mengadili satu perlawanan bola sepak di Rengit, Batu Pahat, petang kelmarin dikatakan terpaksa melepaskan dua das tembakan amaran selepas diserang pemain dan penyokong yang tidak berpuas hati dengan tindakannya melayangkan kad merah kepada seorang pemain.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin itu, anggota polis trafik berpangkat Lans Koperal dikatakan berbuat demikian bagi mempertahankan diri selepas mengganggap keselamatan dirinya terancam berikutan tindakan agresif pemain dan penyokong pasukan berkenaan.
Ketika kejadian, beliau yang bertugas di Unit Rondaan Lebuhraya Utara Selatan, Cawangan Trafik Bukit Aman itu mengadili perlawanan akhir antara pasukan Kampung Bumiputera dan Rejosari bagi merebut Piala Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Rengit. Berita Harian - 25 Disember 2007.

Ketua Polis Negara pernah berkata bahawa tujuan pihak polis tidak membenarkan demonstrasi atau perhimpunan rakyat adalah untuk menghindari insiden-insiden buruk daripada berlaku kerana demonstrasi yang sebegini ditakuti boleh mengundang kekececohan dan seterusnya keganasan.

Pada hari ini dalam sebuah perlawanan bola sepak di sebuah Dun telah berlaku kekecohan, penyokong sebuah pasukan telah bertindak liar dengan penyerang pengadil yang bertugas kerana tidak puas hati. Akibatnya pengadil berkenaan terpaksa melepaskan tembakan atas alasan untuk mempertahankan diri.

Mungkin selepas ini PDRM juga perlu mengharamkan perlawanan bola sepak bertujuan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

posted by Lidah Penghunus @ 1:42 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter