Insiden pembunuhan Benazir Bhutto.
Assalamualaikum.
Setelah sekian lama tidak menyentuh tentang isu-isu antarabangsa. Hari ini saya terpanggil untuk menyentuh sedikit perkembangan yang berlaku di luar negara Malaysia ini. Isunya sudah tentulah insiden yang menggemparkan seluruh dunia iaitu pembunuhan bekas Perdana Menteri Pakisan, Benazir Bhutto.
Di sini pendirian saya sama juga dengan pendirian Pas iaitu menolak sebarang bentuk keganasan khususnya khususnya di Pakistan. Secara peribadinya saya menganggap Benazir Bhutto sama sahaja seperti Tun Dr Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia sekarang. Memang kita akui bahawa semasa zaman beliau berkuasa beliau adalah pemimpin yang banyak menekan gerakan Islam di Pakistan dan usaha jihad di Afghanistan ketika pencerobohan Rusia.
Namun Benazir bukan lagi Perdana Menteri malahan beliau telah menerima hukuman apabila hidup sebagai buangan selama lapan tahun di Dubai kerana kesalahan rasuah dan kini beliau kembali ke Pakistan dan kembali aktif sebagai ahli politik. Oleh itu tidak perlu lagi ada dendam terhadap beliau. kerana kini pemimpin yang banyak melakukan kezaliman terhadap gerakan Islam adalah ketika ini adalah Pervez Musharaf yang bertanggungjawab terhadap insiden Masjid Merah.
Dalam pada itu kita juga tidak mahu agar insiden pembunuhan ini dikaitkan dengan Islam dan mereka yang memperjuangkan Islam. Kita tidak mahu sekali lagi Islam dikatkan dengan keganasan dan kita juga tidak perlukan peranan Amerika dalam isu ini atas usaha kononnya untuk memerangi pengganas. Apapun kita doakan agar keamanan dapat dipulihkan di negara itu terutamanya untuk keselamatan umat Islam di sana.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home