Monday, January 14, 2008

Pemimpin harus lebih bijak daripada orang di bawahnya - Tun Dr Mahathir.

Assalamualaikum.

Setelah lama berehat kerana masalah kesihatan Tun Dr Mahathir telah kembali aktif memberikan ucapan dan pandangan, kali ini beliau telah menyampaikan syarahannya pada Persidangan Siswazah 2008 anjuran firma Real Leader Sdn. Bhd. dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam).

Dr Mahathir berkata: "Mungkin terdapat 1,000 orang di Malaysia yang memiliki kualiti kepimpinan yang baik tetapi mereka tidak berjaya hanya kerana keadaan tidak memihak kepada mereka," katanya.
Sebaliknya, katanya mungkin terdapat mereka yang mempunyai kualiti kepimpinan yang lemah tetapi mereka mungkin menjadi pemimpin kerana kepimpinan diamanahkan kepada mereka.
Dr Mahathir menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, iaitu:
i. Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
ii. Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
iii. Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri sendiri. Beliau tidak harus menunding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
iv. Beliau patut bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
v. Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan. Beliau perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
vi. Beliau patut bersedia melakukan yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan. Beliau patut mendukung slogan kepimpinan melalui teladan.
vii. Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya. Dipetik daripada laman web http://www.bernama.com.my - 13 Januari 2008.

Di sini saya tertarik apabila Tun mengatakan bahawa terdapat 1,000 orang di Malaysia yang memiliki kualiti kepimpinan yang baik tetapi mereka tidak berjaya hanya kerana keadaan tidak memihak kepada mereka, sebaliknya terdapat mereka yang mempunyai kualiti kepimpinan yang lemah tetapi mereka mungkin menjadi pemimpin kerana kepimpinan diamanahkan kepada mereka. Mungkin apa yang hendak disampaikan oleh Tun melalui perenggan ini ialah terdapat ramai di kalangan pemimpin pembangkang yang lebih baik kualiti kepimpinan mereka namun tidak naik sebagai pemimpin kerana gagal melalui pilihanraya(1). Sebaliknya mereka yang tidak mempunyai kualiti kepimpinan boleh naik sebagai pemimpin kerana dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya(2).

Di sini juga saya tertarik untuk mengulas berkenaan ciri-ciri yang ketujuh yang disebutkan oleh Tun iaitu pemimpin perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya. Apa yang kita lihat pada kempimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri, orang-orang di bawahnya pula yang bertindak seolah-olah lebih bijak daripada Pak Lah, malahan menantu beliau iaitu Khairy sendiri dilihat berlagak pandai dan mengawal kepimpinan bapa mertuanya.

Jadi kesimpulannya melalui ucapan Tun Dr Mahathir berkenaan kepimpinan ini, ditambah pula apabila Tun menyebut tentang kepimpinan Rasulullah SAW maka Pak Lah sebenarnya tidak layak untuk memimpin kita.


1. Kalah kerana pilihanraya yang tidak adil.
2. Ada juga rakyat yang masih lagi belum sedar dan tertipu lalu memilih pemimpin yang lemah.

posted by Lidah Penghunus @ 5:22 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter