Pas dan artis
Assalamualaikum.
Berhubung jemputan kerajaan negeri Kelantan terhadap pelakon Maya Karin sebagai panel sebuah forum berkaitan filem, dalam akhbar hari ini Puteri Umno mengecam tindakan Pas itu yang mereka sifatkan bertentangan dengan prinsip yang diperjuangkan;
Pergerakan Puteri UMNO menyifatkan tindakan kerajaan Pas Kelantan membawa masuk pelakon Maya Karin bagi menjayakan satu program anjurannya bercanggah dengan pendekatan politik yang selama ini diperjuangkan mereka.
Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad berkata, setelah sekian lama parti itu mencerca dan mengecam UMNO yang dikaitkan dengan artis, tetapi kini mereka sudah tidak segan silu untuk terbabit dengan artis.
“Dulu mereka kutuk dan caci kita. Mereka kata melibatkan artis tidak elok kerana tidak menggunakan budaya Islam dan macam-macam lagilah mereka buat,” Utusan Malaysia - 11 Januari 2007.
Di sini kita mahu bertanya kepada Puteri Umno, adakah kerajaan Pas Kelantan menjemput Maya Karin ke negeri itu untuk menyanyi di Khalayak ramai tanpa mengira batas aurat dan waktu solat? Adakah Puteri Umno pernah lihat isteri pemimpin kerajaan negeri Kelantan didakap dan dikucup oleh artis Mawi.
Sebenarnya walaupun Pas ketika ini sudah agak terbuka terhadap artis bukan nasyid namun ianya masih lagi jauh berbeza dengan Umno yang tidak mengambil kira tentang batasan syarak. Bukan seperti Umno yang tidak mengambil kira batasan syarak demi memenuhi matlamat politik mereka.
Akibatnya rakyat khususnya umat Islam terus leka dengan hiburan hingga meninggalkan tanggungjawab mereka sebagai muslim. Jadi adalah lebih baik Puteri Umno berfikir dulu sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home