Spekulasi tarikh pilihan raya jejas kestabilan BN.
Assalamualaikum.
Dalam akhbar pembuka tirai 1429 hijrah hari ini Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar meminta semua pihak menghentikan spekulasi tarikh pilihanraya umum kerana ditakuti boleh menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara.
Semua pihak perlu menghentikan spekulasi mengenai tarikh pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu hanya akan menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara.
Tindakan tidak wajar itu juga, kata Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, memberi peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan pemimpin hingga wujud isu perebutan dan melobi jawatan.
Lebih memburukkan keadaan, katanya, spekulasi itu akan menyebabkan pemimpin gagal memberi tumpuan pada tugas dan tanggungjawab diamanahkan kerana masing-masing sibuk melobi menjadi calon.
“Pihak tertentu pula mungkin mengambil kesempatan menjalankan propaganda dan menyebarkan dakyah memburukkan keadaan sehingga mencetuskan huru-hara dan menjejaskan kestabilan politik negara. Berita Harian - 10 Januari 2008.
Saya tidak nampak yang spekulasi tarikh pilihanraya mampu membawa kepada ketidakstabilan politik dan ekonomi negara. Jika berlaku pun ianya dalam Barisan Nasional sendiri kerana kita sudah maklum tentang perangai pemimpin-pemimpin mereka yang mengamalkan lobi-melobi dan berebut untuk dicalonkan dalam pilihanraya.
Sedangkan ini tiada dalam parti pembangkang khususnya Pas yang melihat calon pilihanraya ini sebagai amanah yang berat untuk rakyat. Oleh itu buat apa lagi kita pilih pemimpin yang hanya kerana tarikh pilihanraya sahaja mereka boleh terlupa tentang amanah dan tanggungjawab mereka kepada rakyat.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home