Wednesday, January 23, 2008

Bila minda terus tertutup.

Assalamualaikum.

1.2 juta kakitangan awam bakal menganggur.
PUTRAJAYA 22 Jan. – Kira-kira 1.2 juta kakitangan awam akan menjadi penganggur sekelip mata manakala gaji akan dipotong lebih kerap jika Malaysia menjadi negara kebajikan dengan segalanya dinikmati rakyat secara percuma.
Tanpa menyokong ideologi mana-mana parti politik, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, ia berlaku apabila ekonomi tidak berkembang sekali gus impaknya menyebabkan rakyat hidup melarat.
‘‘Kita kena realistik, konsep negara kebajikan jika diterima mengakibatkan negara menjadi muflis, ekonomi tidak berkembang dan natijahnya bukan sahaja menderitakan kakitangan awam malah segenap lapisan rakyat.
‘‘Jika ada pihak tetap mahu melaksanakan konsep negara seperti ini, CUEPACS sarankan dia buat kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D), ini bukan hanya soal politik tetapi survival rakyat dan negara,” Utusan Malaysia - 23 Januari 2008.


Sebenarnya minda masyarakat kita termasuk orang yang bercakap dalam keratan akhbar di atas ini sudah lama tertutup hingga mereka merasakan mustahil bahawa harga minyak, kadar Tol boleh diturunkan ke satu paras yang tertentu dan pendidikan boleh disediakan secara percuma oleh kerajaan yang memerintah. Mereka yang tidak mahu menerima perubahan ini terus menerima bahawa harga minyak akan terus naik dan tidak akan turun, kadar tol tidak mungkin boleh dikaji dan pendidikan itu perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Tidak secara langsung mereka ini sebenarnya telah meredhakan tindakan golongan ahli politik yang korup terus membolot kekayaan negara dan duit rakyat untuk kepentingan anak-pinak mereka.

Di sini kita kesal dengan kenyataan dungu presiden Cuepacs yang sanggup dipergunakan oleh kerajaan Barisan Nasional apabila mengatakan bahawa semua penjawat awam di negara ini boleh kehilangan pekerjaan jika Pas melaksanakan negara kebajikan. Di sini cuba kita lihat badan kebajikan. Organinasi sebegini bergerak tanpa bermatlamatkan keuntungan, tetapi mereka tetap mempunyai susunan organisasi yang teratur, mampu untuk memiliki pejabat dan mengaji pekerja-pekerja sepenuh masa. Ini kerana walaupun badan-badan kebajikan ini tidak mengaut keuntungan daripada operasi mereka namun mereka tetap mempunyai dana yang dijana melalui sumbangan orang ramai dan kegiatan-kegiatan ekonomi yang lain.

Jadi apa yang hendak saya kaitkan dengan negara kebajikan itu tadi, mereka yang tertutup mindanya ini hanya memandang penjanaan ekonomi dan pendapat negara semata-mata kepada harga minyak, kadar tol dan yuran sekolah itu tadi. Sedangkan sebagai negara yang mempunyai ramai pakar ekonomi yang dilahirkan melalui pendidikan di universiti sudah tentulah banyak lagi bidang lain yang boleh dijana untuk memacu eknomi negara. Akhirnya sekali mereka harus ingat jika harga minyak turun, kadar tol turun dan pendidikan disediakan percuma maka harga barangan keperluan juga akan turun dan ini akan meningkatkan pendapat serta kuasa beli rakyat dan sekaligus pendapatan kerajaan juga akan meningkat. Dengan syarat negara ini diuruskan oleh mereka yang jujur dan amanah serta bebas daripada korupsi.

posted by Lidah Penghunus @ 6:37 PM   1 comments

1 Comments:

At 5:20 PM, Blogger Unknown said...

assalamualaikum....

sekadar berkongsi pendapat.. masalah sebenar ialah pd sistem itu sendiri . klu ambil islam sbgi cara hidup insyaallah. dan satu lagi .. nak buka minda masyarakat ialah dengan pembacaan. masalah sekarang masyarakat kita kurang membaca . dan sesuatu tamadun juga jatuh di sbbkan kurang membaca . tu sbb ayat yg pertama di turunkan ialah iqra'.. bacalah ..
kita nak terap iman pada masyarakat . sbb masalah sekarang masyarakat xda iman. xmerasai bahawa Allah itu yg menentukan segala2nya dan pertolongan itu dr ALLAH. kita kena rasa sesuatu yg berlaku itu adalah kehendakNYA bkn manusia . jgn salahkan sesapa tgk diri kita sendiri. renung kan .. siapa kita dan apa persiapan kita . berusaha bersungguh2 untuk memberi kefaham dan kesedaran Islam pd masyarakat baru lah minda masyarakt akan terbuka , insyallah .

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter