Tuesday, January 29, 2008

Dr Mashitah - Ustazah yang diperalatkan oleh BN.

Assalamualaikum.

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Ahli Parlimen Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya prestasi beliau sebagai wakil rakyat tidak memuaskan.
Bagi membuktikan tuduhan itu tidak benar, Mashitah mahu mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Baling bagi penggal kedua untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk kawasan itu.
“Setiap wakil rakyat perlu menghantar laporan kepada pucuk pimpinan dan saya rasa rekod saya sentiasa penuh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Mashitah, beliau sentiasa mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk Baling dan membantu mereka menyelesaikan segala masalah yang timbul.
Bagaimanapun, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri itu menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan mengenai kedudukannya. Utusan Malaysia - 29 Januari 2008.


Nampaknya Dr Mashitah tidak sedar bahawa beliau dicalonkan oleh Barisan Nasional bawah kepimpinan Pak Lah pada pilihanraya umum 2004 lalu adalah semata-mata dipergunakan untuk menentang calon Pas yang berlatarbelakangkan pendidikan agama iaitu Ustaz Taib Azzamudden. Bukan kerana untuk beliau berbakti kepada masyarakat di Parlimen Baling yang diwakilinya. Berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat bukanlah agenda utama Umno dan Barisan Nasional dalam meletakkan calon, yang mereka utamakan ialah kepentingan politik iaitu menewaskan Pas dan seterusnya kepentingan kebendaan. Jika tidak masakan masalah kemiskinan tidak pernah selesai di kawasan yang diwakili oleh Barisan Nasional.

Dan sekarang ini Ustazah di'lacurkan'(1) oleh Umno ini telah pun hilang popularitinya, masyarakat tidak lagi menghormati beliau sebagai orang yang berpendidikan agama, malahan banyak kenyataannya yang mengarut dan tidak diterima oleh masyarakat Islam. Akhirnya Umno tidak lagi memandang beliau sebagai alat yang boleh menghadapi Pas dalam pilihanraya umum akan datang. Maka cakaplah tentang agenda kebajikan masyarakat di Parlimen Baling sekalipun, Ustazah Islam Hadhari ini akan terus diketepikan oleh Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang. Dalam erti kata yang lain, prestasi yang disebut oleh BN itu bukanlah bermaksud pretasi dalam berkhidmat kepada rakyat sebaliknya prestasi dalam menghadapi pengaruh pembangkang.


1. Dr Mashitah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa ibu tunggal dibolehkan melacur jika kesempitan wang.

posted by Lidah Penghunus @ 7:52 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter