Thursday, May 29, 2008

Adakah mereka mahu Pas menggunakan pendekatan revolusioner?

Assalamualaikum.

Masih lagi berkenaan ruangan surat pembaca Utusan Malaysia. Akhir-akhir ini kita lihat Pas sering dipersalahkan kerana gagal menutup pusat hiburan dan kilang arak di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Mereka menganggap Pas sudah membuang agenda Negara Islam mereka dan tunduk kepada DAP. Melihatkan kepada komen-komen pembaca dalam akhbar Utusan ini ianya seolah-oleh mereka adalah pengundi Pas yang mahukan agar Islam sepenuhnya dilaksanakan oleh Pas yang telah dapat mentadbir Negeri Selangor dan Perak setelah bergabung dengan PKR dan DAP.

Di sini saya ingin bertanya adakah mereka mahu Pas menggunakan pendekatan revolusi bersenjata dalam perjuangannya untuk menegakkan Negara Islam? Saya percaya dengan kemantapan tarbiah yang tinggi, ahli-ahli Pas bila-bila masa sahaja bersedia untuk mengangkat senjata jika Majlis Syura Ulama' Pas mengeluarkan arahan agar Pas mengubah pendekatan perjuangannya daripada demokrasi ke revolusi bersenjata. Pada masa itu tiada lagi kerjasama dengan PKR dan DAP. Kerajaan BN akan ditumbangkan dengan cara kekerasan dan Pas akan mengambil alih pemerintahan negara dan seterusnya melaksanakan Islam sepenuhnya.

Namun begitu jika Pas tidak sabar dan mengambil keputusan terburu-buru untuk menggunakan pendekatan sedemikian, sama ada gerakan Islam itu akan berjaya menubuhkan sebuah Negara Islam tetapi mendapat tekanan antarabangsa dan mengundang konflik yang berpanjangan atau Gerakan Islam itu akan gagal, Pas akan diharamkan, pemimpinnya akan ditahan bawah ISA dan
akibatnya Pas tidak dapat lagi menjalankan kerja-kerja dakwah seperti yang dapat dilakukan sekarang.

Oleh sebab itulah Pas terus percaya kepada pendekatan demokrasi dan pilihanraya. Walaupun pendekatan ini lambat namun Pas tetap dapat menjalankan kerja-kerja dakwah dan amal maaruf nahi mungkar di negara ini. Misalnya di Negeri Selangor walaupun Pas tidak dapat menutup pusat-pusat hiburan dan judi kerana tidak memerintah sepenuhnya Negeri Selangor namun melalui exco agama daripada Pas, Pendidikan Islam dapat dikembangkan di negeri itu dengan lebih berkesan. Penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan untuk menghalang orang Islam daripada mengunjungi tempat-tempat yang dilarang oleh Islam.

Pengharaman Islam Hadhari adalah salah satu langkah Pas untuk menghentikan penyebaran fahaman yang menyeleweng daripada Islam yang sebenar. Sudah jelas bahawa Islam Hadhari yang dibawa oleh Umno adalah semata-mata untuk menyaingi Pas dan pendekatannya agar umat Islam di negara ini terus menyokong Umno. Penstrukturan semula pentadbiran masjid di seluruh Negeri Selangor pula adalah untuk memastikan program-program yang bertujuan memberikan pemahaman Islam yang sebenar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Ini semua adalah usaha jangka panjang agar satu hari nanti rakyat di Negeri Selangor ini benar-benar faham akan Islam dan seterusnya menerima perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.

Di akhir perenggan ini marilah kita renungi bersama kisah usaha dakwah Rasulullah SAW ke Taif. Dalam usaha dakwah baginda itu Rasulullah SAW telah dihalau dan dilempar dengan batu oleh penduduk Taif. Lantaran itu malaikat telah menawarkan untuk menimpa penduduk Taif dengan bukit uhud namun Rasulullah tolak kerana percaya bahawa generasi akan datang penduduk Taif akan menerima Islam.

posted by Lidah Penghunus @ 5:58 PM   2 comments

2 Comments:

At 1:16 PM, Blogger Ibnu Ali said...

Tindakan kerajaan Negeri Selangor pada 26 Mei lalu, ketika menggulung perbahasan pada sidang Dun, di Shah Alam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, mengumumkan kerajaan negeri Selangor tidak mengizinkan sebarang bentuk program berkonsepkan Islam Hadhari, memandangkan Islam yang selama ini sudah cukup sempurna rasanya kurang tepat.

Pengumuman seperti ini tidak perlu dilakukan, apa yang perlu dilakukan ialah lakukan apa yang perlu dilakukan. Banyak lagi kerja-kerja besar yang belum dilakukan. Tetapi disibukkan dengan Islam Hadhari, yang mana Pak Lah dan UMNO sekarang pun entah ke mana diletaknya Islam Hadhari.

Masyarakat umum mengetahui bahawa Islam Hadhari ialah gagasan dari kerajaan pusat yang ditadbir oleh UMNO dan Barisan Nasional. Sejak dari mula digagaskan bertempek habis seluruh Malaysia. Hakikatnya apa yang berlaku tiada sebarang perubahan dari gagasan tersebut. UMNO tetap dengan dasar kebangsaannya, Malaysia tetapi dengan perlembagaan Lord Reidnya. Wanita UMNO yang "togel" tetap tiada perubahan. Rakyat memerhati semua ini. Di kalangan bukan Islam pula juga tiada merasakan perubahan, bahkan semakin berani mempersoal tentang hak agama Islam.

Yang pentingnya kita jalankan, dasar yang kita pegang sekarang. Pedulikan Islam Hadhari dari setiap program di Negeri Selangor, kembangkan dan fahamkan rakyat dengan Islam sebenar, tanpa perlu dipukul canang seluruh kampung "kami haramkan Islam Hadhari", takut-takut nanti termakan diri. Kelantan pun tak pukul canang haramkan Islam Hadhari, yang dipukul canang "Islam Hakiki". Mungkin Exco-exco PAS di Selangor kena lihat awlawiyatnya. Kamu bukan sahaja exco, tetapi pendakwah dikalangan anggota-anggota exco dan rakyat seluruhnya.

Saya tertunggu-tunggu pengumuman Kilang Carlberg di Shah Alam itu di arah tutup, disko dan kelab malam juga begitu. Pusat-pusat perjudian juga diambil tindakan serupa. Tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan. Selain dari masalah babi yang menjadi perkara pertama kerajaan negeri selangor.

Apabila diajukan masalah ini, dikatakan masalah kita berbilang kaum dan agama. Kenapa alasan ini sering keluar? Adakah kerajaan Kelantan dan Terengganu juga tidak berbilang kaum dan agama? Walaupun mejoritinya orang melayu/Islam. Baik, jika alasan ini diberikan, adakah tiada cara yang terbaik? Benarkah selain agama Islam membenarkan arak, seks bebas, berjudi dan hiburan melampau seperti di disko? Pernahkah dibuat perjumpaan diantara ketua-ketua agama lain di negeri Selangor seperti yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan dahulu? Bilakah mahu dilakukan? Jika tidak pandai nak buat, bilakah nak bertanya? Pulau Pinang dan Perak dah membuat lawatan ke Negeri Kelantan, Selangor pula bila?

Sebenarnya yang menjadi persoalannya bukan agama-agama lain. Tetapi pengaruh sekular yang meresap ke dalam jiwa-jiwa manusia zaman sekarang. Walaupun mendakwa mereka beragama. Yang Islam mengaku dia Islam, yang kristian mengaku dia kristian, tetapi hakikatnya sekular. Memisahkan agama dalam hidup dan hanya pada perkara-perkara tertentu sahaja yang tidak bertentangan dengan nafsu mereka. Siapa yang tidak suka sambutan Hari Raya? Tetapi bila puasa ramai yang buat-buat lupa!

Jangan dilupa dengan kuasa dan janji Allah, apabila kita menolong agama Allah. Hakikatnya memang ada yang bising bila kita melaksanakan apa yang Allah suruh, orang munafik dan orang kafir sememangnya bising. Tetapi kesan dari itu lebih utama lagi, dan janji Allah lebih berkuasa dari kuasa benci orang munafik dan orang kafir.

Tuan guru Nik Abdul Aziz juga pernah diberi sekalung bunga terima kasih, dan puji-pujian dari suri-suri rumah bukan Islam di Kelantan, kerana suami-suami mereka sudah tidak berjudi dan bermabuk-mabuk. Rumahtangga menjadi tenang. Masyarakat bukan Islam mengakui kesan baik yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

Apa yang penting ialah konsisten dan Istiqamah dengan apa yang diperjuangkan bukan hanya diluahkan dimulut tetapi tindakan. Kerajaan juga perlu memikirkan alternatif-alternatif lain kepada tokey-tokey judi, arak dan lain-lain perniagaan maksiat kepada perniagaan-perniagaan yang boleh memberi kesan baik kepada peniaga juga orang ramai. Peluang yang ada ini jangan disia-siakan, gunakan penggal ini dengan sebaiknya, kerana penggal akan datang belum tahu.

 
At 12:06 AM, Blogger Panglima Perang Cyber said...

Bang........bangun bang!

Bang , bangun bang...


Bang, mengingau ke apa ni?

Bang.....sat betul tolak benda ajak kepada keimanan dan ketakwaan kepada Allah....

Bang.......ladesh pun tahu Islam hadhari bukan mazhab atau agama..

Satu je tidak tahu....

Apa ?

Ba...................bi sahaja!

maaf cakap kalau terasa pergi tengok apa benda tu dulu...

jgn nampak 2 tokguru sahaja dlm dunia...ramai lagi bangggggggg oi.

aduhai, sedihnya.

nak tolak Islam cakap betul2...

Islam hadhari ditolak ni sebab marah kes ba......bi ke???

alahai....tak perintah negara dah haram sana haram sini...

alahai...sempitnya dunia...

reti baca ? tengok sini :

KENYATAAN MEDIA
BERKAITAN PENGHARAMAN PROGRAM ISLAM HADHARI
Dl NEGERI SELANGOR

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin merujuk kepada kenyataan YB Dato’ Dr. Hassan Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang disiarkan dalam akhbar-akhbar pada hari ini bahawa Negeri Selangor mengharamkan sebarang bentuk program Pendekatan Islam Hadhari di Negerl Selangor berkuatkuasa semalam.seterusnya...
JAKIM selaku agensi penyelaras pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan berpandangan bahawa kenyataan tersebut dibuat tanpa mengambilkira kebaikan dan manfaat jangka panjang yang akan diperolehi oleh umat Islam melalui Pendekatan Islam Hadhari.

Pendekatan Islam Hadhari yang telah diperkenalkan oleh kerajaan nersekutuan sejak tahun 2005 adalah suatu pendekatan untuk membangun dan memajukan ummah secara holistik meliputi aspek spiritual dan pembangunan fizikal. Tiada apa cacat cela dalam Pendekaian Islam Hadhari yang mengondungi 10 prinsip itu. Malah pinsip pertama pendekatan ini meletakkan aspek Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah sebagai teras utamanya.

Dalam persidangan-persldangan ulama’ peringkat antarabangsa, iaitu;

Persidangaan Akademik. Fiqh Antarabangsa di Putrajaya pada tahun 2007, di hadiri oleh lebih 90 ulama’ tertinggi daripada Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) termasuk tokoh ulama’ terkenal iaitu Dr. Wahbah Az-Zuhaily telah sepakat menerima pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia. Mereka menyarankan agar pendekatan dicontohi oleh Negara-negara Islam yang lain.

Multaqa Alumni Al-Azhar di Kuala Lumpur pada awal tahun ini yang dihadiri oieh 1,000 orang ulama’ lepasan Al-Azhar termasuk Syeikh al-Azhar sendiri telah menerima baik Pendekatan Islam Hadhari sebagai pendekatan yang paling sesuai untuk menyuntik semula kesedaran di kalangan umat Islam di seluruh dunia untuk terus maju dalam pelbagai bidang yang selama ini kita masih ketinggalan.

Perjalanan mengenai penghayatan Islam Hadhari di Malaysia juga dipandu oleh pasukan Panel Pemikir Islam Hadhari yang mantap, iaitu dari kalangan cendikiawan muslim tempatan dalam pelbagai profesyen.

Justeru, adalah sangat malang jika masih ada pihak di kalangan kita yang tidak menerima pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari yang telah diterima pakai oleh ulama’ di peringkat antarabangsa.

Antara penghayatan Islam Hadhari yang sedang diperkenalkan oleh pihak kerajaan dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini ialah mewujudkan pengurusan masjid secara Hadhari.Antaranya ialah dari segi sistem pengurusan yang cekap, keceriaan masjid , pengimarahan dengan program pendidikan dan keilmuan, aktivitj sosial kepada remaja dan OKU, masjid sebagai pusat ekonomi mikro setempat, pusat kesihatan dan kebajikan komuniti, serta penubuhan kelab sukarelawan masjid. Ini adalah salah satu model yang akan diperkenalkan berdasarkan Pendekatan Islam Hadhari. Pada tahun ini kita akan wujudkan beberapa masjid di Wilayah Persekutuan sebagai modelnya dan akan dikembangkan ke negeri-negeri lain.

Kita ingin perkenalkan pengurusan masjid yang hadhari seperti di atas kerana untuk meningkatkan fungsi masjid sebagai institusi pembangunan ummah setempat. Banyak masjid telah dibina berjuta-juta ringgit tetapi fungsinya hanya terhad untuk solat tertentu sahaja. Kita perlu kembalikan fungsi masjid seperti di zaman Nabi dan zaman-zaman kegemilangan Islam lampau di mana masjid sebagai pusat pendidikan, pembangunan komuniti, ekonomi, pusat perpaduan dan sebagainya. Inilah yang kita ingin wujudkankan berdasarkan Pendekatan Islam Hadhari. Tetapi jika ada negeri yang menolaknya, maka itu pilihan mereka yang tidak mahukan perubahan.

Walau bagaimanapun saya yakin, individu atau pihak-pihak tertentu yang mengharamkon Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ia menolaknya secara total, tetapi sebenarnya mereka sendiri tanpa sedar sedang melaksanakan sebahagian dari aktivltl-aktiviti berteraskan pendekatan Islam Hadhari.

Sekian, terima kasih.

(DATO- WAN MOHAMAD BIN DATO- SHEIKH ABDUL AZIZ)
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

alamat ? ni dia

http://www.islam.gov.my/islamhadhari/index.php?page=media

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter