Wednesday, May 28, 2008

Mereka yang jahil dan dungu dalam ruangan surat pembaca Utusan Malaysia.

Assalamualaikum.

Surat pembaca 1.

SAYA dan mungkin umat Islam yang lain berasa kesal dengan tindakan Datuk Dr. Hassan Ali yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan segala aktiviti dan program yang bersangkutan dengan Islam Hadhari di Selangor. Aksi beliau semasa berhujah boleh disaksikan dalam Buletin Utama TV3. Begitu bersemangat sekali beliau memperjuangkan untuk mengharamkan apa yang tidak diharamkan. Sempat lagi membacakan ayat-ayat al-Quran untuk menguatkan lagi tindakan beliau itu. Pesanan saya biarlah Majlis Mufti yang mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan segala aktiviti yang berkaitan dengan Islam Hadhari.
Selepas sahaja saya menyaksikan aksi beliau di kaca televisyen, terlintas di fikiran saya mengapa aksi bersemangat begitu tidak ditunjukkan semasa isu projek ternakan babi di Sepang yang telah pun diluluskan oleh Kerajaan Selangor tempoh hari. Jika beliau ikhlas untuk menegakkan kebenaran Islam di negeri Selangor mengapa beliau tidak menentang sekeras-kerasnya kelulusan projek tersebut. Terdapat banyak ayat al-Quran yang memberitahu kepada semua umat manusia bahawa babi adalah tergolong dalam najis berat dan haram disentuh apa lagi untuk dijamah dagingnya. Mengapa tidak terbaca ayat-ayat tersebut sedangkan al-Quran itu untuk dibacakan kebenarannya kepada seluruh umat manusia tidak kira agama dan bangsa.

Antikhinzir Bayan Lepas, Pulau Pinang.

SMS 1.

DR.HASSAN ALI patut ambil iktibar agama lain. Tak sibuk pun hendak tukar ahli jawatankuasa kuil, tokong dan gereja mereka setiap kali selepas pilihan raya.- MALU.

SMS 2.

HAIRAN kenapa pusat hiburan makin banyak di Selangor di bawah kerajaan campuran PKR-DAP-Pas. Pemimpin Pas buat apa, takkan jadi boneka.- SILAP UNDI.

SMS 3.

KERAJAAN Selangor haramkan Islam Hadhari atas alasan Selangor sudah cukup Islam. Dengan ‘menghalalkan’ ladang babi dan pusat-pusat hiburan, Islam apakah namanya itu?- YEOP IPOH.

Utusan Malaysia sebagaimana yang kita tahu adalah haiwan politik kepada Barisan Nasional yang sehingga kini berusaha untuk memburuk-burukkan parti pembangkang dan juga kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Maka ruangan surat dan SMS pembacanya juga bertujuan untuk memburukkan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Akibatnya Utusan Malaysia bukan sahaja sanggup memberikan ruang kepada mesej-mesej yang berunsur hasutan dan perkauman, malahan akhbar ini menjadi medan kepada mereka yang jahil dan dungu yang pendek akalnya memberi pendapat.
Lihatlah surat pembaca 2, adakah antiKHINZIR (baca babi) ini fikir Kerajaan Negeri Selangor hendak bagi umat Islam di negeri itu makan babi? Rasanya tidak perlulah dijelaskan lagi berkenaan isu ladang babi moden ini kerana hanya orang yang dungu sahaja yang tidak mengerti atau buat-buat tidak faham kerana menjadi haiwan politik kepada BN.

Sekarang kita lihat pula SMS 1. Adakah penghantar SMS ini mahu samakan Islam dengan agama Hindu, Budha dan Kristian? Islam adalah agama yang syumul yang menjadi cara hidup sedangkan Hindu dan Budha hanyalah ibadat ritual semata-mata. Belum ada lagi di dunia ini agama lain yang membentuk parti politik untuk menegakkan sebuah negara yang melaksanakan tuntutan agama tersebut. Sedangkan Islam di mana-mana seluruh dunia mesti ada sebuah parti politik Islam yang ditubuhkan dengan matlamat untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Begitulah dengan masjid. Ianya tidak terhad hanya kepada tempat ibadat ritual semata-mata seperti agama lain. Sebab itulah perlantikan AJKnya juga mestilah mereka yang benar-benar mampu untuk menjadikan sesebuah masjid itu hidup dengan pelbagai aktiviti.

Berkenaan SMS 2 dan SMS 3 pula saya sudah menyentuh sedikit berkenaannya semalam. Kita hairan ketika Barisan Nasional memerintah dahulu tiada pun suara daripada pembaca akhbar yang bising berkenaan kewujudan banyak pusat hiburan di Negeri Selangor dan juga Perak. Mengapa kini mereka baru hendak bising? Melihatkan kepada perangai buruk Utusan Malaysia ini tidak hairanlah 5 kerajaan negeri bawah Pakatan Rakyat sudah mula kempen untuk memulaukan akhbar-akhbar yang diperkudakan oleh Barisan Nasional ini.

posted by Lidah Penghunus @ 6:08 PM   3 comments

3 Comments:

At 7:15 PM, Blogger Canser vs B17 said...

Utusan Meloya ni, seperti yang sedia maklum, memang meloyakan, malas nak komen lebih, yang penting sejak 1998 hingga kini saya haramkan duit saya untuk beli suratkhabar mereka.

Buat penghantar2 sms tu, muhasabah diri, kaji dulu isu2 tu sebelum bagi komen.

Dan dalami ISLAM dahulu, jangan cakap ikut perasaan, jangan hanya Islam separuh jalan lepas tu buat komen sesuka hati.

 
At 3:59 PM, Blogger Pemuda Malaysia said...

Islam Hadhari adalah satu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada tamadun Islam.

Syabas kepada pembaca Utusan yang sentiasa prihatin kepada perkembangan semasa dengan menghantar surat dan memberi komen melalui sms. semoga rakyat malaysia dan selangor terutamanya, sedarlah bahawa mengharamkan sesuatu yang halal adalah salah di sisi agama.

tapi nak buat mcm mana, sebab inilah padahnya bila pembangkang dapat jadi kerajaan, semua nak diharamkan..

insaflah PKR dan PAS..

 
At 5:28 PM, Blogger dewataraya100 said...

Kenapa nak kata orang yang sokong kerajaan BN bodoh dan dungu? Orang yang sokong PR tu semua bagus-bagus sangat ke? Kalau bagus kenapa negeri-negeri yang dikuasai PR tak lebih baik dua kali ganda dari semasa kerajaan BN dulu, makin teruk dengan masalah dalaman parti masing-masing ada lah. Sebahagiannya pun gila kuasa jugak sama sahaja sebab mereka tu pun manusia bukan malaikat. Kutuk-kutuk orang hanya disebabkan perbezaan pandangan politik sedangkan diri sendiri pun tak sempurna.Adakah ini baik?Bercakap pasal Islam macam orang lain tak Islam.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter