Tuesday, May 13, 2008

Kursuskan dahulu wartawan RTM, TV3, Utusan, Berita Harian dan yang sewaktu dengannya.

Assalamualaikum.

UiTM sedia tawar kursus penulisan blog.
SHAH ALAM 12 Mei - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia memperkenalkan kursus berkaitan pengajian blog dalam usaha membantu pengendali laman blog lebih berwibawa dalam penulisan mereka.
Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, kebebasan media alternatif kini menakutkan kerana mereka boleh menulis tanpa kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika dan jarang sekali didakwa di mahkamah.
''Penulisan blog adalah terbuka dan boleh diceburi oleh sesiapa sahaja berbanding pengamal media tradisional yang memerlukan kelayakan, pengalaman dan latihan.
"Saya menyokong sepenuhnya cadangan ini (kursus berkaitan blog). Ia amat kena pada masanya. Kita tahu mereka (penulis blog) sudah pandai tetapi ia perlu bagi membantu mereka menjadi blogger yang profesional dan beretika," Utusan Malaysia - 13 Mei 2008.


Sebelum UiTM yang diketuai Dr Ibrahim Abu Shah berhasrat untuk memberikan kursus kepada bloggers khususnya penulis blog politik di negara ini, adalah lebih baik mereka kursuskan dahulu akhbar-akhbar dan media elektronik perdana di negara ini seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM dan pelbagai lagi yang selama ini jelas tidak melaksanakan etika kewartawanan dan tanggungjawab sosial akhbar dan media. Mereka tidak tahu membezakan antara akhbar parti dan akhbar umum. Hingga saat selepas pilihanraya umum ke-12 media-media ini masih lagi memberikan laporan yang berat sebelah terhadap parti pembangkang dan kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Oleh itu para wartawan dan ketua pengarang media-media ini perlu masuk semula kelas untuk kursus kewartawanan dari peringkat asas hingga lanjutan. Kursus untuk media-media yang sedia ada ini adalah lebih patut kerana mereka mendapat keuntungan daripada industri media yang mereka ceburi. Berita yang disiarkan oleh mereka akan dibayar oleh pembaca. Sedangkan penulis blog tidak mendapatkan apa-apa bayaran daripada penulisan mereka. Masyarakat bebas untuk membaca penulisan mereka tanpa perlu membuat sebarang bayaran kepada penulis blog.

posted by Lidah Penghunus @ 6:32 PM   3 comments

3 Comments:

At 3:52 AM, Anonymous Anonymous said...

Tuan...Dr Ibrahim Abu Shah ni salah seorang pencacai UMNO yang terkenal di samping NC UUM...so memang dah agak la memang dia suruh sapa nak jadi blogger masuk UiTM supaya dapat di indoktrinkan.

Kalam Kering

 
At 8:03 AM, Blogger rastom said...

Tolong tanya dia siapa di Uitm tu yang memblog dan bakal mengajar blog?

 
At 12:32 PM, Anonymous Anonymous said...

Padan muka Akhbar Perdana kena boikot!
HAHA

Buatlah lagi penulisan merapu di Akhbar perdana, buatlah !

Rakyat jelata pasti akan membikot Akhbar perdana.

Percayalah!

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter