Monday, May 12, 2008

Umno lebih risaukan ahli politik yang lompat parti daripada orang Islam yang keluar agama.

Assalamualaikum.

Bila sahaja Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa ramai ahli Parlimen BN akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan pada bila-bila masa. Kita lihat Barisan Nasional agak gelabah. Walaupun mereka seolah-olah mahu menafikan dengan mengatakan kenyataan Dato’ Seri Anwar itu hanyalah kenyataan politik namun cadangan untuk mewujudkan apa yang dinamakan undang-undang anti lompat jelas menunjukkan bahawa mereka sebenarnya gelabah dengan kenyataan Anwar itu.

Apa yang saya hendak sebut berkenaan isu ini ianya menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional lebih risaukan ahli politik yang melompat parti daripada orang Islam yang keluar agama. Gejala murtad ini telah menular di negara ini sejak sekian lama lagi namun hingga kini tiada pun undang-undang di peringkat persekutuan untuk mencegah daripada orang Islam meninggalkan agama. Akibatnya pengkhianat kepada agama ini semakin berani memohon tukar agama mereka di mahkamah secara terbuka tanpa pemerintah di negara ini mampu untuk mengambil tindakan.

Tiba-tiba apabila ada ura-ura bahawa ahli parlimen mereka ingin keluar parti, mereka sibuk hendak mewujudkan undang-undang bagi menghalang mana-mana ahli parlimen melompat parti. Sedangkan tindakan melompat parti bukanlah sesuatu kesalahan yang besar berbanding perbuatan murtad yang jelas diharamkan dalam Islam ini. Tambahan lagi kita tahu bahawa niat pemimpin BN itu hanyalah semata-mata kepentingan politik kerana dahulu semasa wakil rakyat daripada parti pembangkang lompat ke parti mereka tiada pun berbangkit berkenaan undang-undang anti lompat.

posted by Lidah Penghunus @ 10:37 PM   1 comments

1 Comments:

At 12:07 PM, Anonymous Anonymous said...

Salam untuk semua

Mmg la betul lompat parti tu bkn satu kesalahan, dan murtad tu pulak bukan lah satu benda yang dihalalkan. Bagi saya tak salah kalau BN risau dan ambik berat ahlinya yang nak lompat sebab menjaga kepentingan parti.

Yang Cik Ida herannya juga, kalau la dah BN ni risau ahli dia lompat parti lebih dari isu murtad, sama la jugak dengan pakatan rakyat, taksub nak ajak masuk pembangkang daripada taksub mengajak orang Islam kekal dalam agama. Jihad ke tu namanya?

Kalau pembangkang ghairah mendedahkan kekayaan dan kemasyuran orang2 UMNO/BN, hebat lagi pembangkang sampai sanggup tawar bayaran kepada ahli BN denga jumlah yang boleh dimakan sehingga 3 generasi tak abih.

Cik Ida - Ukur baju di badan sendiri

http://ilham-dunia.blogspot.com

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter