Friday, May 09, 2008

Isu Karpal - Pas tidak perlu layan.

Assalamualaikum.


Di petik daripada Utusan Malaysia - 9 Mei 2008.

Bagi saya tindakan Pas mendiamkan diri dalam isu ini adalah satu jalan yang terbaik. Pas tidak perlu melayan tentang isu yang sedang dibangkitkan oleh mereka khususnya Umno kerana Umno hanya menggunakan isu ini untuk kepentingan politik mereka sahaja.
Mereka sebenarnya tiada berniat untuk mempertahankan institusi beraja kerana Umnolah yang menyebabkan imuniti kuasa sultan di negara ini berkurangan.
Contoh yang terbaru ketika kemelut perlantikan Menteri Besar Terengganu beberapa bulan yang lalu, tiada pun laporan polis dibuat oleh Umno dan pihak yang kononnya ingin mempertahankan institusi istana.

posted by Lidah Penghunus @ 6:18 PM   1 comments

1 Comments:

At 2:15 AM, Anonymous Anonymous said...

tindakan karpal tak wajar sama sekali, Sultan menggunakan hak kuasanya mengikut perlembagaan. Isu ini boleh diselesaikan dengan segera jika karpal minta maaf dan tidak bermulut celupar yang boleh memberi kesan kepada pakatan rakyat.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter