Tuesday, July 29, 2008

Lagi pasal perpaduan.

Assalamualaikum.

Tawaran kepada Pas - Bentuk kerajaan baru bersama UMNO di Perak.
IPOH 28 Julai – UMNO negeri ini menawarkan kepada Pas cadangan untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak yang jika dapat direalisasikan bakal menjadi simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, UMNO juga bersedia menerima wakil Pas sebagai Menteri Besar Perak dengan beliau sendiri tidak akan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana tidak mahu dikata hendak menguasai pentadbiran negeri.
Menurut beliau, Perak boleh menjadi medan terbaik untuk Pas dan UMNO memulakan kerjasama antara kedua-dua parti itu memandangkan penduduk negeri ini terdiri daripada pelbagai kaum berbanding Kelantan yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu. Utusan Malaysia - 29 Julai 2008.


Apabila timbul isu Muzakarah, Muqabalah, perpaduan Melayu dan bubar Pas Umno untuk tubuh parti baru, Umno Perak sudah menawarkan untuk bergabung dengan Pas untuk membentuk Kerajaan Negeri Perak. Sedangkan tidak timbul pun hasrat untuk bergabung dengan Umno dan Barisan Nasional.

Walaupun bagaimanapun jika Umno Perak bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli benar-benar ikhlas atas nama Islam dan perpaduan Melayu maka cara yang terbaik ialah semua Adun Umno meninggalkan Umno dan menyertai Pas agar Pas di Negeri Perak menjadi majoriti dalam pentadbiran Negeri Perak dan seterusnya dapat mengukuhkan ketuanan Islam dan survival masyarakat Melayu.


NOTA : Hanya sekadar pandangan peribadi.


Fakta Nombor.
Bilangan kerusi Dun di Perak mengikut parti;
Pas - 6
PKR - 7
DAP - 18
Umno - 27

posted by Lidah Penghunus @ 6:47 PM   2 comments

2 Comments:

At 9:05 PM, Anonymous Anonymous said...

Salam.. Isu perpaduan melayu sebenarnya tak ubah seperti resepi basi yang kerap dicanangkan tika mana majoriti Umno berkurang..Hajat bermuzakarah ini hanyalah untuk mendapatkan kembali " Talian Hayat " untuk Umno terus mampu bertahan, selain bakal mencalar nama baik PAS dalam Pakatan Rakyat.Undi Melayu sekitar 5% sahaja, begitupun perubahan kaum India dan Cina lah yang merungkaikan senario dominasi politik UMno-BN.

 
At 1:43 AM, Anonymous Anonymous said...

kenapa semasa si tojol ni perintah perak xde pn angan2 dia nk kongsi kuasa dgn PAS????
sendiri makan pengat,sendiri mau igt la kawan....

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter