Monday, July 28, 2008

Semuanya pasal perpaduan.

Assalamualaikum.

Tok Guru rela korbankan parti.
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan sanggup mengorbankan parti untuk kepentingan Islam dan perpaduan Melayu.
Nik Aziz berkata, beliau sanggup membubarkan partinya untuk mengukuhkan Islam dan mengeratkan hubungan antara kaum termasuk mereka yang bukan beragama Islam.
“Kalau macam tu saya cadangkan kita (Pas dan UMNO) pakat bubar parti. Kita bubar Pas. UMNO pun bubar juga. “Kita bubar kedua-dua parti tubuhkan parti lain untuk kuatkan dasar agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional, Kelantan semalam.
Menteri Besar turut memberitahu cadangan tersebut akan dibawa ke Muktamar Tahunan ke 54 di Ipoh, Perak berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos nanti. Sinar Harian - 28 Julai 2008.

Sebelum ini Tok Guru Nik Aziz pernah mengatakan bahawa Pas akan dibubarkan jika Umno laksanakan Islam sepenuhnya. Jadi bagi saya kenyataan Menteri Besar Kelantan ini bukanlah sesuatu yang baru kerana apa jua yang disebut oleh tok guru matlamat akhirnya adalah untuk Islam. Oleh itu terpulanglah kepada ahli-ahli Pas sekalian untuk memperhalusinya pada muktamar Ogos depan. Walau bagaimanapun ianya juga bergantung kepada kesediaan ahli dan pemimpin Umno untuk membubarkan Umno bersama-sama pegangan sekularisme mereka.


DAP selar Pas - Kerana berunding dengan UMNO atas nama perpaduan Melayu.
KUALA LUMPUR 27 Julai – Tanda perpecahan mula ketara dalam Pakatan Rakyat apabila DAP secara terbuka meminta pakatan itu mengkaji semula keanggotaan Pas.
“Pas ternyata mengundang keraguan tentang kredibilitinya dan berdasarkan perkembangan mutakhir, Pakatan Rakyat perlu menimbang secara serius sama ada Pas patut terus dibenarkan menganggotainya,” kata Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh dalam satu kenyataan di sini hari ini. Utusan Malaysia - 28 Julai 2008.


Dalam isu ini pula bagi pendapat saya jika Pas ditendang keluar daripada Pakatan Rakyat pun, Pas tidak rugi apa-apa kerana Pas masih ada dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah sedangkan DAP akan hilang dua negeri iaitu Selangor dan Perak. Jadi DAP khususnya Karpal Sigh tidak perlulah berasa angkuh kerana mereka sebenarnya yang memerlukan Pas dalam membentuk kerajaan negeri.


MIC akui jumpa pemimpin Hindraf.
KUALA LUMPUR: MIC mengakui mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Badan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) sejak beberapa bulan lalu demi perpaduan masyarakat India di negara ini.
Sambil mengakui ada pertemuan sulit itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata beliau sendiri sudah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Hindraf dari Perak, Kedah dan Selangor. Berita Harian - 28 Julai 2008.

Nampaknya MIC juga sudah tersepit seperti Umno apabila hendak 'bermuzakarah' dengan Hindraf atas nama perpaduan Masyarakat India.


NOTA : Ini hanyalah pendapat peribadi saya, tidak mewakili suara Pas.

posted by Lidah Penghunus @ 6:15 PM   1 comments

1 Comments:

At 1:59 AM, Anonymous Anonymous said...

apa yg paling saya risaukan nnti dgn pembentukan parti baru ini adalah berkenaan virus2 yg dihidapi oleh ahli2 umno dr akar hingga ke pucuknya.
sy takut nnt akan memudaratkan keseluruhan org islam didalamnya.
dapatkah kita nilai keikhlasan org???
jikalau org2 umno benar ikhlas,mereka xkan menimbulkan soal perpaduan melayu/islam sekarang.seharusnya perkara ini diutarakan semasa umno kuat dulu,bkn setelah umno sendiri hmpir lemas.
kita semua tahu yg semua ini hanyalah helah REJIM PAKLAH HadHari bg menyambung kesinambungan politik umno n dirinya sendiri.
mujurlah kepimpinan PAS pusat sebulat suara menolak sebarang penggabungan politik dgn parti yg mahakorup ini.itu yg terbaik sekali.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter