Monday, May 30, 2011

Belia sedia pertahan Putrajaya daripada terus dihuni penzalim.

Assalamualaikum.

Najib silap baca golongan muda, kata Anwar.
Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghimpunan belia-belia di Putrajaya dan merayu undi mereka memperlihatkan rasa gusar perdana menteri terhadap kebangkitan golongan itu yang kini menuntut perubahan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Najib semalam mendakwa sejuta belia yang hadir di Putrajaya untuk sambutan Hari Belia Negara selama tiga hari, kononnya untuk “mempertahankan” pusat pentadbiran negara dari diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

TV Selangor memetik Anwar berkata, hakikatnya ialah persatuan-persatuan belia itu dibawa untuk mengisi pelbagai program riadah yang dianjurkan bersama oleh agensi-agensi persekutuan dan badan-badan koperat sempena Hari Belia Negara.

“Dia kata di Mesir satu juta orang muda tuntut perubahan. Jadi di sini dia minta orang muda sokong Barisan Nasional. http://malaysiakini.com - 29 Mei 2011.

Teringat dahulu konsert sempena sambutan hari kebangsaan yang diadakan di stadium Jalil yang hadiri oleh ribuan yang rata-ratanya anak muda. Program tersebut turut dihadiri oleh Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu. Antara pengisian program pada malam itu ialah sidang video dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri seluruh Malaysia.

Apa yang menariknya diceritakan kepada saya apabila tiba sahaja giliran Menteri Besar Kelantan, hadirin dalam Stadium Bukit Jalil bersorak apabila tertera wajah Tok Guru Nik Aziz pada skrin stadium yang membuatkan Tun Dr Mahathir tergamam. Begitulah Dr Mahathir menyangka bahawa dengan menghidangkan anak-anak muda ini konsert dan hiburan mereka akan terus dilekakan daripada mengambil berat tentang isu-isu semasa seperti kezaliman Umno dan Barisan Nasional. Ternyata Tun Dr Mahathir dan kini Datuk Seri Najib silap.

Anak muda atau golangan belia terdiri daripada pelbagai latar belakang dan termasuk dalam kumpulan ini ialah mahasiswa, golongan intelek yang mampu untuk mengungkap suatu isu secara kritis berdasarkan ilmu yang mereka perolehi. Mereka adalah golongan yang terdedah dengan teknologi maklumat yang tidak terkongkong dengan media-media lapuk kawalan Umno dan Barisan Nasional. Golongan belia juga tidak terlepas daripada dihimpit dengan kenaikan kos hidup ekoran kenaikan harga minyak dan tarif elektrik. Tambah mengharukan lagi kepada mereka yang terpaksa menganggur akibat tiada peluang pekerjaan.

Faedah-faedah yang terdapat di negeri Pakatan Rakyat khususnya Selangor juga banyak diperolehi oleh golongan belia. Antara hadiah masuk ke universiti dan air 20 meter padu percuma. Air 20 meter padu percuma umpamanya, melalui skim ini ramai pasangan muda yang baru berkahwin bil air rumah mereka berjumlah RM 0.00. Ini adalah satu rahmat kepada pasangan baru berkahwin yang ingin memulakan hidup baru yang masih belum stabil kedudukan ekonomi mereka. Ini tidak terhad kepada pembangunan kebendaan semata-mata. Belia di negeri Pakatan Rakyat juga turut dibangunkan akhlak dan sakhsiyah mereka melalui program-program yang bermanfaat. Buku Jingga yang dilancar oleh Pakatan Rakyat. Apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti manfaatnya juga akan banyak dinikmati oleh golongan belia.

Melalui pengalaman saya sendiri ramai yang saya jumpa anak-anak muda yang sekali kita lihat kita tidak sangka bahawa mereka ini sebenarnya mengambil berat tentang isu semasa dan nampak tentang kezaliman Umno dan Barisan Nasional. Maka saya percaya golongan belia memang bersedia mempertahankan Putrajaya. Tetapi bukan untuk terus dihuni oleh Datuk Seri Najib dan mereka yang zalim, untuk diambil alih oleh Pakatan Rakyat yang akan memerintah secara adil dan saksama.

posted by Lidah Penghunus @ 1:36 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter