Di utara paras air naik, di Lembah Klang tarif air yang naik
Assalamualaikum.
Beberapa hari raya yang lepas semasa mengumumkan rancangan untuk menaikkan tarif air di sekitar Lembah Klang, menteri besar Selangor telah mengemukakan alasan bahawa kenaikan itu adalah untuk mengajar rakyat agar berjimat cermat dalam soal penggunaan bekalan air. Dan kenaikan tarif air ini telah pun dikuatkuasakan semalam dan maka dengan itu bertambah-tambahlah beban rakyat khususnya di negeri berstatus maju ini setelah dibebankan dengan kenaikan harga minyak dan tarif elektrik.
Namun begitu kenaikan ini sebenarnya bukan sahaja akan mengajar kita rakyat marhain agar berjimat cermat, mengubah gaya hidup malahan kenaikan ini juga akan menyebabkan para pengusaha dan para peniaga menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka sebagai menampung kos kenaikan kerana golongan pengusaha ini perlu menggunakan air lebih daripada golongan isi rumah.
Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam akhbar hari ini yang menjangkakan bahawa harga barangan serta perkhidmatan dijangka akan naik ekoran daripada kenaikan tarif air.
Katanya, pengusaha juga mendakwa kenaikan harga tidak dapat dielakkan kerana mereka sebelum ini terpaksa menanggung peningkatan kos berikutan pertambahan harga petrol dan elektrik.Beliau berkata, antara produk yang dijangka mengalami kenaikan harga ialah barangan berasaskan makanan, kosmetik, ubat-ubatan serta produk pemprosesan seperti keluli dan kimia. “Kita sudah lama cuba bertahan terutama sejak kenaikan harga petrol dan elektrik tetapi kami tidak menolak kemungkinan harga terpaksa dinaikkan selaras peningkatan tarif air,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas kemungkinan peningkatan tarif air di Lembah Klang yang diumumkan kelmarin akan menyebabkan peniaga serta pengusaha menaikkan harga Berita Harian - 2 November 2006.
Kenyataan PPIPBM ini juga disambut oleh kenyataan daripada Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim Malaysia (Presma)
pengusaha restoran kini dibebani masalah kos yang terus meningkat dan terpaksa mencari alternatif menyelesaikan masalah itu.Presidennya, Jamarul Khan Kader, berkata sebagai contoh, tandas yang disediakan di restoran bukan saja digunakan pelanggan restoran, malah orang ramai sekali gus meningkatkan kos penggunaan air di premis perniagaan.“Kita akan bermesyuarat untuk membincangkan perkara ini. Mungkin kita akan menswastakan tandas di restoran dan mengenakan kadar bayaran untuk penggunaan tandas seperti tandas awam lain,” katanya. Berita Harian - 2 November 2006.
Nampaknya dalam isu kenaikan tarif air ini rakyat jugalah yang menjadi mangsa. Kerana isi rumah adalah rakyat, peniaga khususnya peniaga kecil-kecilan yang bukan kroni juga adalah rakyat yang menerima kesan daripada kenaikan tarif air ini.
1 Comments:
hahahaha
Tanya-tanyakanlah berapa ** ringgit yang beliau habiskan membeli belah tiap kali ke luar negara? Berapa ramai yang mengekor dan menghabiskan duit rakyat?
Rakyat yang perlu di ajar atau pemimpin yang kurang ajar?
Apa yang boleh saya simpulkan di sini, sekali mereka berbelanja, nilainya sebuah rumah kos rendah. 2 hari mereka berbelanja, nilainya 2 unit rumah banglo di Ampang.
p/s : saya juga seorang rakyat marhain.
Post a Comment
<< Home