Mengapa pencapaian subjek Bahasa Melayu merosot?
Assalamualaikum.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar dalam akhbar hari ini menyatakan bahawa sebab kemerosotan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Bahasa Melayu adalah kerana sikap pelajar sendiri yang mengambil mudah kerana menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan mereka. Bagi saya di sini kerajaan tidak boleh menyalahkan pelajar sepenuhnya atas apa yang berlaku. Salah kerajaan juga yang telah melaksanakan pembelajaran subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang memberikan gambaran seolah-olah Bahasa Melayu itu tidak mempunyai peranan yang penting dalam menyampaikan kedua-dua subjek yang penting itu. Sepatutnya pemikiran para pelajar di negara ini haruskan disematkan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu yang mampu untuk mengungkap pelbagai bidang ilmu.
Salah satu lagi sebab adalah menularnya penggunaan bahasa rojak di media-media. Ini jelas melalui penyampaian ucapan melalui SMS yang sering berputar di skrin-skrin TV yang sewenang-wenangnya menggunakan bahasa melayu yang rojak serta rancu. Memang saya tidak dinafikan bahawa bila namanya sistem pesanan ringkas maka kependekan itu adalah perlou untuk menjimatkan ruang serta masa. Namun begitu ianya tidak sepatutnya dipaparkan di skrin TV yang menjadi tontonan umum. Sepatutnya sebagai sebuah media penggunaan bahasa melalui SMS ini haruslah dikawal terlebih dahulu.
Menyentuh tentang Bahasa Melayu ini juga saya ucapkan syabas kepada Umno Johor kerana pendirian mereka menentang perlaksanaan subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ini selaras dengan negeri Johor yang pernah menjadi pusat pengembangan Bahasa Melayu ketika waktu dahulu yang mana Dewan Bahasa dan Pustaka dahulunya dikenali sebagai Balai Pustaka dan Pakatan Belajar dan Mengajar Pengetahuan Bahasa yang bertujuan untuk memperjuangkan Bahasa Melayu telah ditubuhkan di negeri Johor. Akhbar hari ini juga seorang tokoh pejuang Bahasa Melayu yang juga Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Prof Dr. Awang Sariyan menyarankan agar nama Palace of Justice bagi kompleks mahkamah di Putrajaya diberi nama Melayu.
Semasa membentangkan kertas kerjanya pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-7 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini, Awang berkata, Perbadanan Putrajaya perlu memberi citra pusat pentadbiran negara dengan nama yang bercirikan kebangsaan. Utusan Malaysia - 8 November 2006.
Jika tuan-tuan masih ingat Prof. Dr. Awang Sariyan juga adalah antara tokoh bahasa yang menuntut agar hak Bahasa Melayu yang penyampaian subjek Sains dan Matematik dikembalikan.
2 Comments:
saya tgk anda ada tinggalkan link anda kat erzwan.com/portal/
untuk pengetahuan , portal tu dah migrate ke rakanmasjid.com
anda bleh terus ke sana.
salam..saya juga berpendapat sedemikian..bahasa melayu ini seperti dipinggirkan..apatah lagi pada zaman mutakhir ini..kerajaan sibuk melaksanakan program PPSMI..walhal di negara luar seperti negara-negara maju,mereka begitu bangga akan bahasa kebangsaan mereka sendiri..wassalam
Post a Comment
<< Home