Saturday, November 04, 2006

Pelawaan Anwar kepada Dr M - Tiada lagi ruang untuk Umno.

Assalamualaikum.

Sebelum ini Dato' Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja dibebaskan daripada hukuman penjara pada tahun 2004 tidak kurang ramainya juga yang menyatakan kemungkinan bahawa bekas timbalan perdana menteri yang dipecat pada era Tun Dr Mahathir itu akan menyertai semula Umno untuk membalas jasa Dato' Seri Abdullah dan juga untuk menyambung usaha membersihkan Umno dari dalam.

Kemungkinan ini dikuatkan lagi apabila bermulanya era kritikan Tun Dr Mahathir yang dianggap musuh ketat Anwar ke atas kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini. Ramai yang menganggap bahawa Anwar akan masuk Umno menyertai Pak Lah lebih-lebih lagi melihatkan Anwar pada masa itu agak kurang vokal terhadap kepimpinan Pak Lah.

Namun begitu apabila baru-baru ini Dato' Seri Anwar dengan hati yang terbuka mempelawa Tun Dr Mahathir menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), bersama-sama dengannya memperjuangkan nasib rakyat. Maka sudah jelaslah kini bahawa lorong untuk menyertai semula Umno telah ditutup serapat-rapatnya oleh Anwar dan tidak mungkin lagi untuk anwar menyertai Umno dikala beliau membuka ruang untuk Tun menyertai PKR.

Saya amat-amat bersetuju dengan pandangan Sdr RoslanSMS dalam Blognya http://n32.blogspot.com bahawa tindakan Anwar ini sebagai sesuatu yang berjiwa besar sama seperti Tok Guru Nik Aziz yang masih sudi menghadiri majlis yang dihadiri oleh Tun walaupun ketika itu anaknya Nik Adli masih dikurung oleh ISA. Dan besarnya jiwa Anwar ini tidaklah sama seperti yang diperkatakan oleh Setiausaha agung Umno terhadap Pak Lah dan Umno dalam akhbar hari ini.

Memang benar Pak Lah dan Umno mengambil keputusan untuk tidak mengambil tindakan disiplin terhadap Tun Dr M tetapi dengan kuasa yang ada mereka boleh sahaja menyekat segala suara dan kritikan Tun seperti mana yang mereka lakukan kepada pembangkang selama ini. Lagipun mereka juga sebenarnya khuatir jika tindakan diambil terhadap Tun maka ianya akan memburukkan lagi keadaan. Mereka tidak mahu lagi mengulangi tindakan Dr Mahathir memecat Anwar Ibrahim dahulu yang akhirnya menyebabkan mereka kehilangan banyak kerusi parlimen dan dun serta hilang satu negeri dalam pilihanraya tahun 1999.

Sebagaimana yang kita maklum bahawa apabila masuknya tahun 2007 maka pilihanraya umum sudah makin hampir. Maka dengan sebab itulah MT Umno ini mengambil keputusan untuk 'menangguhkan' tindakan disiplin terhadap Tun sebagaimana mereka menangguhkan pemilihan dalam perhimpunan agung Umno.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   1 comments

1 Comments:

At 7:35 AM, Blogger khairyn said...

Salam

Maaf, ter-komen sikit. Tun takkan masuk mana2 parti kecuali Umno sebab jiwa dia memang jiwa Umno. Putaran waktu, eranya sudah berakhir. Mungkin ada yang kata hukum karma. Boleh flashback apa yang dia buat dulu. Nepotism, Kronism memang dah bertapak lama di tanah Malaya. Lihat siapa yang kaya dan siapa di takuk lama?

Anwar? Dia diberi peluang tapi dia sia-siakan. Dia lupa perjuangan asalnya sehinggalah dia 'di ingatkan' oleh Tun. Pecat dan 'black 14' muncul. Maaf saya katakan, Anwar hilang 'humble' nya ketika di atas. Saya berkata berdasarkan pengalaman yg x seberapa atas arahan tugas. Bagi saya, beliau telah diberi peluang sekali lagi dan sekiranya dia lupa, wallahuaklam. Allah yang mengetahui.

mursyidul am :
Tak ada siapa yang dapat menandingi kredibiliti, karisma dan ketokohan Datuk Nik di Malaya. Saya tak nampak ketokohan beliau pada pemimpin2 yg lain, maaf, hatta dlm parti beliau. Mungkin pengalaman yang beliau ada.Seperti manusia lain beliau ada kekurangan tapi rasa hormat saya pada beliau sangat-sangat tinggi. Contoh pemimpin sebenar Islam.

Pak Lah :
Pemimpin yang sangat-sangat lemah. Hanya pada zaman beliau ini, orang bukan Islam dengan senang wenang memberi komen/petisyen tentang isu agama yang LANGSUNG tak de kena mengena dengan mereka. Mana kredibiliti beliau sebagai cucu seorang ulama? Atau wang sudah terlalu mengatasi segala-galanya. Atau 'termakan budi' anak menantu?

Fikir-fikir, jawapan sudah ada depan mata. Wallahuaklam

Maaf terlalu panjang, agak emosi tiap kali bicara tentang isu politik tanah Malaya yang terlalu busuk dengan korupsi.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter