Tuesday, January 30, 2007

Pilihanraya kecil Batu Talam dan kepalsuan.

Assalamualaikum.

Bercerita lagi sedikit tentang pilihanraya kecil Batu Talam yang baru sahaja berlalu, pada awalnya dahulu penduduk di sana digemparkan dengan kononnya pengedaran wang palsu yang ditujukan kepada penduduk Batu Talam sebagai tanda terima kasih mereka yang menyokong BN dalam pilihanraya.

Beberapa hari sebelum berlangsungnya hari pengundian pula timbalan presiden Umno telah mendedahkan tentang surat daripada pimpinan tertinggi Pas yang mengarahkan ahli-ahli Pas supaya mengundi calon bebas. Namun surat berkenaan terbukti palsu apabila terdapat jelas perkara-perkara yang bertentangan lebih-lebih lagi berkaitan dengan istilah Bahagian yang merujuk kepada kawasan parlimen bagi sesebuah parti.

Dan beberapa jam setelah berlangsungnya pengundian telah diumumkan bahawa BN telah menang dengan majoriti yang lebih besar mengalahkan calon bebas. Maka bolehlah dikatakan bahawa kemenangan BN ini juga adalah satu kemenangan yang palsu kerana terdapat banyak tandatanya yang menjadi pertikaian tentangnya.

posted by Lidah Penghunus @ 1:23 PM   5 comments

5 Comments:

At 3:42 PM, Blogger kingbinjai said...

dulu kini dan selamanya palsu. :D

 
At 10:59 AM, Anonymous Anonymous said...

teruskan desakan supaya kepimpinan SPR ditukar......

 
At 8:19 AM, Anonymous Anonymous said...

aha.. hamas dan fatah samalah seperti parti keadilan & pas dan parti umno.. melayu sesama dengki mendengki & bercakaran, yg gelak orang lain..

 
At 8:23 AM, Anonymous Anonymous said...

tapi yang aku pelik.. ialah lepas keadilan keluar dari umno kenapa tak nak join PAS? nape perlu tubuhkan dan mempertahankan parti keadilan? kalaola PAS itu benar2 suci dan murni, takkan parti keadilan tak paham2 lagi kot? hmmm

 
At 5:36 PM, Anonymous Anonymous said...

aku pon pelik ...bila plak keadilan keluar dari umno hehehe..correction sket..untuk menjelaskan lagi kekeliruan setiap parti ada perjuangannya sendiri yg takkan mungkin sama ..sebab tu la depa takleh bergabungsebenaqnya keadilan memang ada CUBA join ngan pas al maklum diberi nama barisan alternatif ..bukan setakat ngan pas siap panggil dap join skali ...pon tak jadi gak..akhirnya depa pon bercakaran sesama sendiri...selagi manusia nih tak mau menggunakan akal dan fikiran ke jalan yg benar dan tidak merujuk dalam Al Quran dan hadis dan mengamalkannya slagi tu la sampai kiamat dok bercakaran macam kucin ngan anjin .....mmeeeooowwww........worf worf worf

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter