Mereka yang mahu boikot pilihanraya juga perlu daftar undi.
Assalamualaikum.
kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang suatu yang saya rasa mungkin Pas atau PKR tidak terlepas pandang mengenainya. Ianya masih lagi ada kaitan dengan demam pilihanraya kecil diikuti dengan kempen pemboikotan pilihanraya Batu Talam oleh Pas dan PKR sekarang ini iaitu kepentingan mendaftar pemilih walaupun untuk memboikot pilihanraya. Di sini mungkin ramai yang akan menyangka apabila sesuatu pilihanraya itu diboikot maka tidak menjadi kepentingan lagi untuk seseorang itu berdaftar sebagai pemilih.
Sebenarnya itu adalah tidak benar. Untuk memboikot sesuatu pilihanraya yang dianjurkan, seseorang itu khususnya rakyat yang layak mengundi di Dun atau Parlimen yang berkaitan haruslah terlebih dahulu seorang pengundi yang berdaftar yang namanya tersenarai sebagai pengundi di Dun atau Parlimen yang berkaitan. Kerana mereka yang berdaftar inilah yang akan mempengaruhi peratus keluar mengundi bagi sesuatu pilihanraya. Bagi yang tidak mendaftar pemilih nampak memang seperti mereka juga boleh memboikot pilihanraya tambahan lagi caranya juga adalah amat mudah iaitu mereka boleh pergi kemana-mana sahaja atau duduk sahaja di rumah pada hari pengundian, asalkan tidak beratur di pusat pengundian untuk membuang undi. Mudah bukan? Namun bagi mereka yang namanya tiada dalam senarai daftar pemilih ianya tidak sedikit pun akan mempengaruhi peratus keluar mengundi dalam pilihanraya berkenaan. Jadi tidak membawa apa-apa makna.
Oleh itulah saya menyeru kepada mereka yang masih lagi belum daftar mengundi agar segera mendaftar. Sama ada pilihanraya umum akan datang diboikot atau tidak ianya tetap memerlukan pengundi yang berdaftar seperti anda.
1 Comments:
Assalamualaikum warahmatullah...
Sebuah coretan yang bernas. Saya setuju dengan saudara. Benar, kalau setakat turut memboikot tapi nama tak tersenarai dalam daftar pemilih, tidak ada orang yang perhatikan. Ya... Mungkin tatkala orang Umno sedang sibuk merayu undi, petugas-petugas pembangkang boleh merayu yang lain untuk mendaftar. Kemudian... Boikot. Biar peratusan pengundi yang keluar mengundi merudum dengan banyak sekali, isyarat hilangnya kepercayaan rakyat terhadap SPR.....
Post a Comment
<< Home