Apabila Pas dan PKR tidak sudi untuk bertanding dengan BN.
Assalamualaikum.
Setelah timbul spekulasi daripada Umno bahawa pembangkang akan menaja calon bebas pada pilihanraya kecil Batu Talam, akhirnya penamaan calon pada hari ini telah pasti bahawa calon Umno dan Barisan Nasional akan dicabar oleh calon bebas. Namun begitu benarkah bahawa calon bebas itu ditaja oleh Pas dan Keadilan? Jawapannya tentulah tidak sama sekali kerana calon bebas yang diletakkan adalah kaum cina sedangkan kita sudah maklum bahawa Dun Batu Talam mempunyai majoriti yang besar pengundi Melayu. Masakan Pas dan PKR begitu bodoh hingga sanggup membuat percaturan yang sebegitu.
Dengan berakhirnya penamaan calon Dun Batu Talam siang tadi maka pilihanraya kecil pada kali ini menyaksikan Barisan Nasional yang seperti biasa dibantu oleh jentera kerajaan, akhbar dan pasukan keselamatan berhadapan dengan calon bebas iaitu anak muda yang baru layak untuk mengundi. Apa yang ingin saya perkatakan di sini bahawa ianya telah memperlihatkan kepada kita betapa hinanya Umno dan Barisan Nasional sekarang apabila hanya dipertemukan dengan calon bebas yang baru belajar tentang erti politik. saya dimaklumkan bahawa Ng Chee Pang sebelum ini tidak pernah terlibat dengan politik. Oleh itu jika menang pun kemenangannya tidaklah segah kemenangan mereka menewaskan parti-parti pembangkang yang lain.
Dengan berakhirnya penamaan calon siang tadi juga maka sudah tertunailah perisytiharan bersama Pas dan PKR pada 10 Januari yang lalu untuk memulaukan pilihanraya kecil Dun Batu Talam yang akan diadakan pada 28 Januari ini. Yang tinggalkan sekarang ialah kepada rakyat juga pengundi yang sah di Dun Batu Talam sana. Jika mereka benar-benar sedar dan prihatin tentang pemulihan demokrasi di negara ini maka seharusnyalah mereka bersama-sama dengan Pas dan PKR memboikot pilihanraya kecil Batu Talam dengan tidak turun mengundi pada hari pembuangan undi nanti.
2 Comments:
Demam pilihanraya di Batu Talam nampaknya.
Apapun, salam ziarah dari Nashville.
tapi kita semua sedia maklum, kemenangan berpihak kepada siapa. CUma saya musykil kenapa pemuda yg hanya berusia 22 tahun? pengalaman mengundi pun belum ada. Apapun, jika BN menang skalipun, x de maknanya!!!
confirm saya takkan turun pilihanraya kecil BT nanti!!
Post a Comment
<< Home